Jumaat, 21 November 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meerqeen hanya bergurau mahu ke Hollwood

    Khabar angin kononnya pelakon Meerqeen bakal meluaskan kerjaya ke Hollywood akhirnya terjawab apabila aktor berkenaan menganggap perkara tersebut hanya salah faham.

    Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24, menjelaskan dakwaan itu hanyalah sekadar gurauan yang dilakukan bersama sahabatnya iaitu seorang penyampai radio, Fazziq Muqris.

    Bagaimanapun, Meerqeen tidak menolak sekiranya hasrat ke sana menjadi kenyataan kerana ia merupakan impian bagi setiap pelakon.

    “Mana ada saya nak pergi Hollywood, siapa cakap? Yang hubungi saya itu Fazziq dan itu gurauan dengan kawan-kawan.

    “Tapi kalau ada rezeki sudah pasti saya akan pergi. Itu impian semua pelakon, tak kisahlah di Malaysia atau seluruh dunia, memang itu (Hollywood) adalah destinasi terakhir untuk karier seorang artis.

    “Kalau ada insya-Allah tapi untuk masa sekarang itu hanyalah gurauan,” katanya kepada mStar.

    Meerqeen berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media tayangan perdana filem Klepet yang diadakan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada malam kelmarin.

    Dalam masa sama, Meerqeen mengakui dia kini sibuk membuat persiapan bagi projek filem terbaharu lakonannya.

    Jelasnya, ketiadaannya di media sosial bukan kerana mahu menjauhkan diri, sebaliknya sekadar ingin memberikan kejutan kepada peminat.

    “Untuk persiapan filem seterusnya, banyak yang saya tengah prep sekarang tapi bukan Hollywood. Saya diam dan tak berkongsi di media sosial bukan mahu menjauhkan diri atau apa.

    “Cuma saya nak orang nampak perubahan diri saya sewaktu memainkan watak untuk projek seterusnya sahaja. Saya nak bagi kejutan untuk peminat saya,” ujarnya. – Agensi

    Meerqeen mahu memberi fokus terhadap projek terbaharunya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda