Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meerqeen malas layan komen negatif

    Pelakon Meerqeen memberitahu dia tidak akan membalas sebarang komen negatif yang diterima di media sosial.

    Kata Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 23, dia memilih untuk mengabaikan komen sedemikian kerana tidak mahu memanjangkan perbalahan warganet di ruangan berkenaan.

    “Pengurus dan team saya sendiri tidak menyarankan saya untuk memberi reaksi terhadap setiap komen negatif yang diterima. Kalau saya jawab komen tersebut nanti akan ada beratus-ratus komen lagi yang ditinggalkan warganet. Jadi saya rasa lebih baik diam malah saya juga sudah menasihati keluarga untuk tidak membalas atau melayan komen negatif ini,” katanya kepada mStar.

    Pelakon filem Harimau Malaya: The Untold Journey ini memyifatkan tindakan buli siber adalah satu perkara yang perlu dibendung daripada dibiarkan berterusan. Menurut Meerqeen, kes buli ini bukan sahaja dihadapi oleh rakan artis tetapi ia merupakan masalah yang berlaku secara umum.

    “Ia berbalik kepada diri dan cara bagaimana seseorang itu mengawal situasi tutup sebelah mata untuk tidak melayan perkara ini. Buli bukan sahaja berlaku kepada artis, pempengaruh media sosial kerana kalau kita lihat di sekolah berlaku juga kegiatan buli siber ini juga. Saya rasa masyarakat kita sudah perlu hentikan untuk menormalisasikan aktiviti-aktiviti buli seperti ini,” ujarnya.

    Meerqeen bagaimanapun tidak menafikan kadangkala manusia bertindak di luar kawalan disebabkan gagal mengawasi emosi sendiri.

    “Saya tidak nafikan kadang-kadang manusia ini termasuk saya juga tidak berfikir sebelum buat apa-apa. Kita tidak boleh nak salahkan orang kerana itulah lumrah manusia. Kalau terlalu marah dan ikut emosi, kita jadi tidak boleh mengawal keadaan dan kita hanya luahkan apa yang ada dalam fikiran dan bukannya hati,” katanya. – Agensi

    Meerqeen turut berdepan dengan komen-komen negatif di media sosial. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda