Thursday, September 19, 2024
34.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meerqeen sudah penat jawab gosip cinta

    Sering dikaitkan dengan selebriti wanita, pelakon Meerqeen memberitahu beliau sudah menganggap khabar angin serta gosip itu suatu hal biasa buat dirinya.

    Memetik laporan mStar, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, berkata beliau juga sudah penat untuk menjelaskan perkara sebenar mengenai hubungannya dengan mana-mana rakan artis.

    “Rasanya saya dikenenkan dengan semua orang… dulu mungkin rimas sekarang macam dah biasa.

    “Sudah penat nak terangkan dekat orang. Sampai ada satu tahap saya dah malas nak jelaskan apa-apa,” katanya kepada mStar.

    Meerqeen berkata demikian ketika ditemui di Anugerah Telenovela ke-9 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) pada malam Jumaat.

    Kata Meerqeen lagi, beliau sudah tidak ambil peduli dengan pertanyaan orang meskipun ia datang dari rakan-rakan terdekatnya.

    Malah beliau hanya akan berkongsi mengenai hubungan apabila hatinya sudah benar-benar dimiliki.

    “Saya tak risau pun kalau orang bertanya sebab ramai rakan-rakan sekolah saya bertanya… saya dengan dia ke?

    “Kalau saya dengan seseorang saya akan beritahu mereka dahulu.

    “Keluarga saya tak tanya pun, mereka sentiasa okay saja. Yang paling penting sikap dengan keluarga,” katanya lagi.

    Berkongsi mengenai hubunganya bersama adik selebriti Neelofa iaitu Ameera Khan, Meerqeen memberitahu hubungan mereka hanya sekadar sahabat.

    beliau juga menyifatkan Ameera seorang rakan yang baik memandangkan mereka telah lama berkenalan.

    “Saya dan Ameera Khan hanya berkawan sejak 2018 dan tak lebih dari itu.

    “Dia seorang kawan yang baik, penyayang… ambil berat,” ujarnya.

    Sementara itu, Meerqeen menganggap kemenangan Bintang Telenovela adalah satu permulaan baharu buat dirinya.

    Kata Meerqeen, beliau tidak mengharapkan kemenangan itu kerana menganggap peminat-peminatnya merupakan anugerah terbaik buat dirinya selama bergelar anak seni.

    “Bukan trofi yang utama tapi peminat saya. Menang ke tak menang saya okay saja.

    “Tapi trofi juga penting untuk membakar semangat saya selepas ini,” luahnya. – Agensi

    Meerqeen akan kongsi kalau sudah ada kekasih hati. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda