Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Meerqeen tolak gimik murahan promosi drama

    Tidak perlu gimik bodoh, pelakon Meerqeen berkata, dia mempunyai cara yang lebih baik dalam mempromosikan drama lakonannya supaya mendapat sambutan penonton.

    Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam berkata, penonton sendiri sudah boleh menilai sesebuah karya tanpa perlu melakukan sebarang gimik.

    Malah Meerqeen dan pelakon gandingannya, Anna Jobling mempunyai perancangan untuk menarik orang ramai menonton drama lakonan mereka berjudul Melur Untuk Firdaus.

    Meerqeen ditemui ketika sidang media secara maya drama lakonan terbaharunya itu pada Rabu lalu.

    Dalam pada itu, Meerqeen turut tampil menjelaskan mengenai status yang dikongsikan di Twitter mengatakan dia akan berimej botak buat selama-lamanya.

    Kata peserta program Hero Remaja 2019/2020 ini, dia sentiasa bersedia untuk mengubah imejnya demi watak atau karakter yang diterima.

    “Saya selalu bersedia sekiranya saya perlu ubah imej demi sesuatu watak atau karakter. Bagi saya, seni ini perlu ikhlas.

    “Bagi saya, ini adalah saya. Ikhlas dengan apa yang saya nak buat untuk naikkan karier.

    “Saya akan buat apa saja untuk karier saya,” ujarnya. – Agensi

    Meerqeen tidak mahu melakukan sesuatu gimik untuk promosi drama lakonannya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...