Saturday, October 26, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meerqeen tolak projek luar negara

    Demi musim kedua drama rantaian sensasi, Melur Untuk Firdaus, Meerqeen, 21, sanggup menolak tawaran membintangi siri web, Wedding Agreement musim kedua terbitan syarikat produksi Indonesia, Starvision Plus.

    Meerqeen atau nama sebenar, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam mengaku biarpun ralat, tetapi percaya ada rezeki yang lebih baik untuknya di Indonesia.

    Siri web Wedding Agreement 2 yang membabitkan pelakon popular seperti Refal Hady menjalani proses penggambaran sejak pertengahan bulan lalu hingga akhir bulan ini.

    Sebelum ini, Meerqeen yang juga finalis Hero Remaja 2020 pernah membintangi drama Indonesia berjudul Modus Operandi yang dibintangi Krito Immanuel, Yusuf, Mahardika, Diandra Agatha dan Maudy Effrosina.

    Meerqeen berkata, jadual bertindih juga menjadi punca dia terpaksa menangguhkan impian membintangi filem Indonesia.

    Meerqeen terpaksa tolak tawaran luar demi drama Melur untuk Firdaus, yang mengangkat kariernya. – Agensi

    Meerqeen tidak menafikan drama Melur Untuk Firdaus yang dibintanginya bersama Anna Jobling, memberi impak kepada karier seninya.

    Meerqeen berharap musim kedua Melur Untuk Firdaus yang ditayangkan TV3 bulan ini mendapat sambutan memberangsangkan.

    Musim pertama Melur Untuk Firdaus arahan Zamri Zakaria menang kategori Drama Trending Tergempak pada Anugerah Gempak Most Wanted 2022 di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Ahad lalu.

    TV3 mengumumkan, drama yang menampilkan gandingan mantap Meerqeen dan Anna Jobling itu mencapai 823 juta interaksi dalam media sosial sepanjang tayangan, berdasarkan sumber penarafan Nielsen 2022 bagi tempoh Mei hingga Julai lalu.

    Malah, sebanyak 200 akaun kelab peminat turut dibuka sejak drama Melur Untuk Firdaus memulakan siaran. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda