Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mega First tingkatkan pegangan dalam loji jana kuasa hidro Laos

    KUALA LUMPUR, 21 NOV – Mega First Corporation Bhd bercadang untuk membeli 3.38 juta saham biasa mewakili 20 peratus kepentingan ekuiti dalam Don Sahong Power Co Ltd (DSPC) pada AS$85 juta.

    Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, Mega First menjelaskan perjanjian pemindahan saham telah ditandatangani melalui anak syarikatnya, Mega Ventures Ltd dengan vendor dan pihak pemegang kepentingan EDL Generation Public Co.

    DSPC mengendalikan loji Tenaga Hidro Don Sahong di Laos.

    Aktiviti utama yang dijalankan EDL-Gen adalah menjana dan menjual elektrik, melabur dalam aset penjanaan kuasa serta menyediakan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan kepada aset penjanaan kuasa.

    “Cadangan pembelian itu akan membolehkan Mega First meningkatkan pegangan saham dalam aset tenaga boleh baharu yang terbukti dan menguntungkan,” tambahnya dalam kenyataan itu.

    Apabila pembelian itu selesai, kepentingannya dalam DSPC akan meningkat kepada 91.25 peratus daripada 80 peratus.

    Cadangan pembelian itu dijangka selesai pada 31 Disember 2023. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda