Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Megan Fox kesal terhadap kesilapan lalu

    PELAKON Megan Fox menyatakan penyesalan akibat sikap divanya sebelum ini sehinggakan dia digugurkan daripada membintangi sekual filem Transformers pada 2011.

    Mendedahkan perkara itu, Megan Fox, 31, berkata dia menyesal dengan sikap buruknya itu dan menganggap peristiwa disingkirkan daripada Transformers sebagai saat kejatuhan dalam karier seninya.

    “Pada waktu itu saya hanya perlu memohon maaf. Tapi saya degil dan tidak dapat menilai apa yang baik untuk saya.

    Megan Fox menyatakan penyesalan akibat sikap divanya sebelum ini sehinggakan dia digugurkan daripada membintangi sekual filem Transformers pada 2011.

    “Namun jika peristiwa itu tidak berlaku, saya pastinya tidak akan belajar daripada kesilapan,” katanya.

    Fox sepatutnya membintangi Transformers pada 2007 bagaimanapun tempatnya diganti aktres Rosie Huntington-Whitely ketika itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda