Pelakon Megan Fox dilaporkan sudah berpisah dengan Machine Gun Kelly (MGK) dua minggu selepas mengumumkan kehamilannya.
Megan mengambil keputusan itu selepas penyanyi rap tersebut ‘kantoi’ menghantar mesej tidak senonoh kepada wanita lain.
Malah pelakon filem Transformers itu sebenarnya sudah bosan dengan sikap MGK yang tidak pernah berubah sepanjang lima tahun mereka menjalinkan hubungan cinta.
“Dia sekarang hanya mahu memberi tumpuan kepada kandungannya dan enggan berfikir perkara remeh temeh dalam hidupnya,” kata sumber terdekat pelakon tersebut.
Megan yang hamil enam bulan dijangka bersalin pada Mac tahun depan.
Untuk rekod, Megan dan MGK mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2020 dan mengikat tali pertunangan dua tahun kemudian.
Megan sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Brian Austin Green dan dikurniakan tiga anak iaitu Noah Shannon Green, 12, Bodhi Ransom Green, 10, dan Journey River Green, 8.
Manakala, MGK pula mempunyai seorang anak perempuan iaitu Casie Colson Baker, 16, hasil perkahwinan bersama Emma Cannon. – Agensi