Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Megan Thee Stallion kena rompak

    Penyanyi rap, Megan Thee Stallion mendedahkan kediaman mewahnya di Los Angeles dipecah masuk perompak baru-baru ini.

    Memetik laporan TMZ, Megan berkata, dua lelaki memecah masuk ke rumahnya sebelum menggeledah bilik tidurnya dan membawa lari barang berharga miliknya.

    Megan bernasib baik kerana ketika kejadian dia berada di New York bagi menghadiri sebuah program televisyen.

    Difahamkan, wang tunai milik penyanyi tersebut lesap selain barang kemas dan peralatan elektronik turut dilarikan yang dianggarkan berjumlah RM1 juta. Sementara itu, Megan memaklumkan dia masih trauma dengan insiden berkenaan dan memerlukan masa untuk berehat bagi menenangkan hati.

    Menerusi hantaran di laman Twitter miliknya, Megan memberitahu dia tidak kisah dengan barang yang dicuri tetapi risau dengan keselamatan dirinya.

    “Barang-barang tersebut semua boleh diganti tetapi saya tak rasa selamat berada di rumah sendiri. Saya penat secara fizikal dan emosi, saya perlukan rehat,” katanya. – Agensi

    Megan Thee Stallion kena rompak, alami kerugian RM1 juta. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...