Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Megat Rahim, Syafiq Abdilah gagal ke separuh akhir Big Stage 2022

    Minggu suku akhir menyaksikan dua peserta iaitu Syafiq Abdilah dan Megat Rahim tersingkir di pentas Big Stage 2022 yang berlangsung pada baru-baru ini.

    Bertemakan Rotasi 36T (Three Six T), Syafiq menyanyikan lagu Jeritan Batinku nyanyian asal Meet Uncle Hussien menerima markah 68.2 peratus manakala Megat yang menyampaikan lagu Kelentang Kelentong (Hael Husaini) mendapat 62.2 peratus daripada juri.

    Menurut juri tetap Ajai, biarpun memuji nada suara namun penjiwaan Syafiq kadang-kala hilang menyebabkan persembahannya dilihat tidak menarik.

    “Pertama kena memikat tarikan. Permulaan acapella, belum sampai kehendak lagi. Setiap kali ada straight note, hilang.

    “Awak cepat hilang jiwa… kejap ada, kejap tak ada. Awak ada nice tone to hear. Tapi tone akan lagi sedap kalau ada nyawa,” kata Ajai kepada Syafiq.

    Meskipun Ajai memuji suara dimiliki Syafiq, namun hilang penjiwaan menyebabkan persembahan tidak menarik. – Agensi

    Manakala, juri pedas pengarah Michael Ang menganggap persembahan Megat tidak menyakinkan malah tariannya dilihat seperti robot.

    “Problem awak bila buat persembahan itu macam berlakon, tapi awak nampak macam tengah kira step macam robot. Tak beri persembahan yang menyakinkan,” ulas Michael Ang.

    Menariknya konsert minggu ke-enam dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham, penyanyi Syamel dan Tomok menerusi lagu kumpulan KRU.

    Dalam pada itu, tiga peserta menerima markah tertinggi minggu ini ialah Aisha Retno sebanyak 97 peratus, Danial Chuer (91.6 peratus) dan Tegar Sepian (85.4 peratus). – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda