Wednesday, May 1, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Meghan Markle bakal kembali ke kaca TV

    Setelah hampir empat tahun meninggalkan istana dan melepaskan segala tugas sebagai ahli senior keluarga diraja British, Meghan Markle bakal muncul di kaca televisyen (TV) dalam sebuah siri yang akan dikeluarkan menerusi saluran Netflix.

    Perkara ini dikongsikan oleh wakil Duchess of Sussex itu kepada Vogue menyatakan bahawa rancangan yang bakal menampilkan isteri kepada Putera Harry itu sudah berada di peringkat produksi.

    Rancangan TV itu merupakan siri bukan fiksyen yang mana Meghan bakal memegang watak utama.

    Berita ini menjadi bualan ramai kerana itu adalah pertama kali setelah berkahwin Meghan bakal muncul di kaca TV bukan sebagai subjek temu bual mahupun dokumentari.

    Dalam siri tersebut, tema yang akan diketengahkan bakal berkisar tentang kegembiraan memasak, berkebun, berhibur dan persahabatan.

    Memetik laporan MH, berita tentang kembalinya itu berlaku pada saat dia memperkenalkan American Riviera Orchard yang merupakan sebuah jenama gaya hidup mewah dan pelbagai produk dikatakan dalam pembikinan.

    Imbas kembali, sebelum berkahwin dengan Putera Harry pada 2018, Meghan terlebih dahulu bergelar pelakon di Amerika Syarikat.

    Membintangi pelbagai siri drama di kaca TV, wataknya sebagai Rachel Zane dalam siri popular Suits benar-benar membawa namanya ke puncak populariti. Setelah dilaporkan bakal berkahwin dengan Putera Harry, wataknya dalam siri tersebut ditamatkan.

    Pada Januari 2020, pasangan itu membuat keputusan untuk tidak lagi bergelar ahli senior kerabat diraja British dan tidak lagi menjalankan tugas mewakili mendiang Ratu Elizabeth II ketika itu. – Agensi

    Meghan bakal muncul di kaca TV dalam sebuah siri menerusi saluran Netflix. – thesun.co.uk
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hamas, Fatah berunding di Beijing

    BEIJING, 30 APRIL - China berkata hari ini kumpulan Palestin, Hamas dan Fatah bertemu di Beijing baru-baru ini untuk ‘perbincangan mendalam dan menggalakkan perdamaian...