Penyanyi Meghan Trainor mendedahkan dirinya berdepan dengan penyakit misteri yang dikenali sebagai sindrom lidah terbakar.
Meghan, 31, berkata lidahnya tidak mengalami sebarang kecederaan namun terasa pedih seperti dibakar pada bahagian hujung lidahnya
Malah lidahnya juga tidak mengalami sebarang perubahan fizikal yang membimbangkan.
“Saya sedang sakit ketika ini, tapi tidak dapat menggunakan antibiotik. Saya akan lawan penyakit ini.
“Keadaan saya sangat tak selesa, saya rasa seperti marah pada diri sendiri,” katanya.
Meghan berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu podcast Workin’On.
Menurut Meghan, dia dijangkiti virus tersebut selepas ahli keluarganya mula jatuh sakit dengan penyakit yang sama.
“Mula-mula anak sulung saya kemudian suami serta anak bongsu dan saya yang terakhir dijangkiti,” katanya lagi.
Jelas Meghan buat masa ini tiada penawar yang dapat menyembuhkan penyakitnya itu namun dia disarankan untuk menggunakan ubat kumur empat kali sehari. Namun, ia masih tidak menunjukkan sebarang perubahan pada dirinya.
Dia juga mengamalkan diet ketat seperti tidak mengambil produk tenusu dan gluten namun badannya masih terasa tidak sihat. – Agensi
