Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meghan Trainor timang anak kedua

    Penyanyi Meghan Trainor selamat melahirkan anak damit lelaki pada 1 Julai lalu sama tarikh dengan ulang tahun ketujuh perkenalannya bersama suami iaitu Daryl Sabara.

    Meghan memaklumkan cahaya mata kedua seberat 3.62 kilogram yang diberi nama Barry Brurce itu dilahirkan secara pembedahan.

    Penyanyi lagu All About That Bass itu turut mengucapkan terima kasih kepada doktor serta jururawat yang membantu memudahkan urusan kelahiran.

    “Pada 1 Julai (ulang tahun ketujuh tarikh pertama kali bertemu) kami menyambut kelahiran Barry Bruce Trainor ke dunia.

    “Dia anak damit lelaki seberat 8 paun (3.62 kilogram) dan dilahirkan secara pembedahan.

    “Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang menjaga kami dengan sangat baik,” katanya.

    Meghan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis termasuk Paris Hilton serta Mandy Moore mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata kedua itu.

    “Tahniah, saya tumpang gembira untuk kamu. Go mama… Selamat lahir ke dunia, Barry. Bertuahnya kamu. Comelnya anak kamu. Tahniah kerana mendapat anak damit lelaki,” tulis mereka.

    Untuk rekod Meghan dan Daryl mendirikan rumah tangga pada 2018 dan pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki iaitu Riley Sabara yang kini berusia dua tahun. – Agensi

    Meghan selamat melahirkan anak kedua, Barry. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda