Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Megi mendarat di Filipina

    MANILA, 10 APRIL – Biro kaji cuaca kerajaan itu berkata ribut tropika Megi membuat pendaratan di tengah wilayah Filipina, pagi ini.

    Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina berkata Megi melanda sebelum 8 pagi waktu tempatan.

    Megi adalah ribut tropika pertama yang melanda negara Asia Tenggara itu pada musim panas tahun ini.

    Megi bertiup pada kelajuan angin 75kmsj dengan angin kencang sehingga 105kmsj pada jam 10 pagi hari ini.

    Biro berkata Megi mengekal-kan kekuatannya semasa bergerak perlahan ke arah barat menuju perairan pesisir Guiuan, sebuah bandar di wilayah Timur Samar.

    Biro meningkatkan tahap amaran kepada 1 atau dua (pada skala 5) di beberapa kawasan tengah dan selatan Filipina.

    Namun beberapa wilayah selatan di pulau Luzon juga mengalami hujan lebat hingga hujan berterusan, tambah biro.

    Biro juga menggesa penduduk di kawasan tersebut untuk berwaspada mengenai ‘banjir berleluasa dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan serta angin kencang’.

    Biro juga menyatakan kawasan laut juga akan mengalami ombak tinggi yang boleh berisiko kepada para pelaut. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...