Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mekah tahan empat warga asing promosi kempen haji palsu

    MEKAH, 30 APRIL – Rondaan keselamatan di Mekah menahan empat warga China atas kesalahan penipuan selepas mereka mempromosikan iklan kempen haji palsu dan mengelirukan di media sosial, kononnya menawarkan penginapan dan pengangkutan di tanah suci, lapor agensi berita Saudi (SPA).

    Kesemua suspek telah ditahan, dikenakan tindakan undang-undang dan seterusnya dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk siasatan lanjut Direktorat Keselamatan Awam menyeru warga tempatan dan jemaah untuk mematuhi peraturan haji serta melaporkan sebarang pelanggaran dengan menghubungi talian 911 bagi kawasan Mekah, Riyadh dan Wilayah Timur, atau 999 untuk wilayah lain di seluruh Kerajaan Arab Saudi. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda