Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mekanik cipta motosikal ‘jarak sosial’

    AGARTALA, 2020 – Seorang lelaki tercicir dari sekolah, mencipta sebuah motosikal dengan jarak satu meter antara penunggang dan penumpangnya bagi mengamalkan jarak sosial penting di tengah-tengah pandemik koronavirus.

    Partha Saha, 39, membeli sebuah motosikal lama daripada penjual barangan buangan, mengeluarkan enjinnya dan memotong kenderaan itu menjadi dua sebelum

    menambah sebatang besi panjang satu meter untuk menghubungkan bahagian depan dan belakang.

    “Sekarang saya boleh menunggang motosikal bersama anak saya berusia lapan tahun sambil mengamalkan penjarakan sosial,” katanya memberitahu AFP dari Agartala, di negeri Tripura.

    Seperti negara lain, kerajaan India melaksanakan perintah berkurung seluruh negara dan menggesa rakyatnya mengamalkan penjarakan sosial bagi mengekang penularan virus.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda