Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mekanisme pemantauan dipertingkat, pastikan bekalan mencukupi

    TAWAU, 7 SEPT – Kerajaan mempertingkat mekanisme pemantauan untuk memastikan bekalan barangan keperluan asas, terutamanya beras, sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan rakyat menerusi program Penghargaan Sumbangan Asas Rakyat (SARA).
     
    Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata kerajaan akan menggunakan data masa nyata untuk mengenal pasti produk yang paling banyak dibeli dan memastikan tiada gangguan bekalan di pasaran.
     
    “Kami dapat data itu secara real time (masa nyata). Jika jumlah pembelian sudah menembusi had tertentu, kita juga dapat kenal pasti kategori produk paling laris dan bagaimana untuk mengimbangkan bekalan supaya rakyat yang hadir ke mana-mana lokasi masih boleh menebus produk tersebut.
     
    “Bagi bekalan seperti beras, ia di bawah kawal selia Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Jadi saya akan minta agar berdasarkan seminggu pelaksanaan SARA, kita dapat anggarkan kuantiti stok dan langkah yang perlu diambil untuk memastikan tiada gangguan bekalan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan SARA di sebuah pasar raya di Merotai, kelmarin. – Bernama
     
    Fahmi melihat harga barangan yang dijual pada harga Rahmah ketika meninjau penggunaan SARA di sebuah pasaraya di Merotai pada 6 September. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda