Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mel Gibson bergelar bapa pada usia 61 tahun

    PELAKON terkenal Mel Gibson menyambut kelahiran anak kesembilannya pada Jumaat lalu pada usia 61 tahun.

    Dipetik dari Hollywood Reporter melaporkan Mel teruja dengan kelahiran anak lelaki berkenaan yang diberi nama Lars Gerard Gibson.

    Lars adalah anak pertama hasil hubungan dengan teman wanitanya, Rosalind Ross.

    Mel Gibson dan teman wanitanya, Rosalind Ross menyambut kelahiran anak lelaki pada Jumaat lalu.
    Mel Gibson dan teman wanitanya, Rosalind Ross menyambut kelahiran anak lelaki pada Jumaat lalu.

    Mel sebelum ini berkahwin dengan Robyn Denise More pada tahun 1970 dan dikurniakan tujuh orang cahaya mata.

    Dia kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan hasil hubungannya dengan seorang wanita bernama Grigorieva.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda