AMERIKA SYARIKAT – Chuck Nelson telah menghabiskan masa selama 30 tahun berada di bawah tanah bekerja setiap hari di kawasan perlombongan arang batu di West Virginia namun pada hari ini, peluang pekerjaan dalam bidang tersebut sudah tidak ada lagi.
“Kini, tidak ada masa depan terhadap arang batu di kawasan ini,” tambahnya kepada wartawan. Ahli politik dan juga selaku presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pernah berjanji kepada West Virginia semasa kempen undiannya untuk mengembalikan semula kegemilangan West Virginia namun hingga kini, harapan itu menjadi palsu dan menghampakan.
Para ahli ekonomi bersetuju dengan peningkatan bidang teknologi yang semakin canggih dan moden membuatkan beberapa kilang arang batu tidak memerlukan ramai para pekerja dan lebih menjurus kepada penggunaan jentera namun masih timbul beberapa soalan, bagaimanakah sebuah wilayah yang kecil itu untuk mencari jalan bagi menggantikan industri berkenaan yang memberikan pulangan lumayan kepada para pekerja disebabkan ia satu pekerjaan yang bahaya?
Dikenali sebagai ‘Gunung Negeri’ di kawasan barat telah mengalami keadaan yang dikenali sebagai ‘Penyakit Belanda’ dalam istilah ekonomi kerana kebergantungan lebih pada satu produk terutama terhadap sumber semula jadi tidak termasuk terhadap industri yang lain.
“Apabila kita pernah menjadi sebuah ekonomi yang bebas, tumpuan lebih memfokuskan kepada arang batu dan ini membuatkan kepelbagaian ekonomi terbatas,” kata Mari Lynn Evans kepada wartawan AFP.

Mari telah mendokumentarikan kawasan tersebut untuk meneroka sejarah industri arang batu di wilayah berkenaan.
Liar dan indah
Jika West Virginia mempunyai kelebihan yang lebih kompetitif selain arang batu, yang paling jelas adalah pelancongan.
Kegiatan berski, kembara berjalan kaki, berakit di air dan sebuah pusat peranginan yang terkenal serta tapak kubu bawah tanah disarankan untuk memperluaskan lagi perusahaan dan aktiviti mereka bagi meningkatkan lagi pelancongan di wilayah berkenaan.
Di dorong dengan kempen ‘Wild and Wonderful’, industri pelancongan di wilayah itu pada tahun lepas telah berjaya menjana sekitar AS$4.5 bilion dalam perbelanjan pelancongan dan menjadikannya industri keempat terbesar di Amerika Syarikat.
Namun syarikat-syarikat perlombongan telah menggunakan isu kebankrapan untuk melarikan diri dari kewajipan mereka untuk mengembalikan tanah yang rosak dan tercemar kepada pihak kerjaan dan ini meninggalkan pihak kerjaaan dengan berbilion-bilion dolar dalam kos pemulihan.
Maria Gunnoe tinggal di kawasan tersebut dan dihantui dengan bayang-bayang penyingkiran gunung berkenaan yang mana kawasan gunung berkenaan mempunyai empangan kecil yang dipenuhi dengan sisa lombong toksik. Empangan kecil ini telah rosak beberapa tahun yang lalu dan telah merosakkan rumahnya di pangkal Hollow.
Kumpulan aktivis alam sekitar telah menangkap beberapa ekor ikan dan terdapat ulser hitam pada kulitnya malah para penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan itu juga terdedah dengan penyakit kanser, menyedari bilangan penyakit itu semakin meningkat di kawasan berkenaan.
“Sungai kami adalah alur limpah,” kata Gunnoe kepada wartawan AFP. Ramai penduduk merasa takut dengan kesan alam sekitar yang telah ditinggalkan oleh industri arang tersebut dan sekarang ia mengancam satu peluang terbaik masa depan wilayah itu untuk lebih maju tanpa arang batu.

Kelahiran semula
Di tengah-tengah perjuangan ekonomi West Virginia, yang telah terjejas teruk oleh wabak Amerika Opioid dengan kadar kematian yang tertinggi dicatatkan membuatkan perkembangan ekonomi negara itu terus dipersoalkan tanpa tulang belakang perindustrian arang batu.
Baru-baru ini, wilayah berkenaan telah dinamakan sebagai ‘Community Best America’ dan telah memenangi hadiah pembangunan semula sebanyak AS$3 juta selepas pertandi-ngan dua tahun bersama-sama dengan 50 wilayah Amerika yang lain.
“Kami sedang berada di ambang kebangkitan,” kata ketua wilayah berkenaan, Steve Williams kepada wartawan AFP.
Kelahiran semula itu membangkitkan semula penggunaan internet kelajuan tinggi di wilayah berkenaan yang mana sukar di dapati di wilayah itu dan bekas-bekas tapak perlombongan menjadi sebuah taman penyelidikan dan pembangunan baru serta menjadi pusat latihan semula pekerja terkehel dalam bidang berkemahiran tinggi dari solar dan kraf perabot untuk pertanian organik di wilayah tersebut.
“Pemulihan itu adalah penting untuk menewaskan lagi wabak opioid dan kami perlu bangkit untuk menghidupkan sumber ekonomi di wilayah ini, seperti meningkatkan lagi pelaburan, meletakkan individu kembali bekerja dan memberikan mereka semula harapan baru,” tambah William lagi kepada wartawan AFP.
Tanah jajahan Inner
Walaupun bersempadan dengan wilayah perlombongan tradisional seperti Kentucky, Pennsylvania dan Virginia, West Virginia mempunyai banyak kemungkinan terhadap persamaan dengan bekas tanah jajahan di mana syarikat-syarikat asing meraih keuntungan daripada berlian atau minyak serta meninggalkan sedikit untuk perkembangan ekonomi wilayah tersebut.
“Wilayah ini sudah lama terperangkap dalam kitaran ganas ledakan yang kurang dalam sistem memberikan pendidikan dan melabur di bawah bidang ekonomi kerana ia masih di bawah jajahan,” kata Ted Boettner, ketua pusat bajet kepada wartawan AFP.
Boettner merujuk beberapa wilayah seperti North Dakota dan Alaska yang menyalurkan hasil cukai daripada industri dominan mereka ke sekolah-sekolah dan pusat pembangunan yang lain dan situasi ini memberikan West Virginia contoh yang terbaik untuk mengikuti mereka. – AFP