Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Melawat sambil belajar

    TUTONG, 30 OKT – Sebagai aktiviti selepas Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah, rombongan seramai 28 orang murid Tahun 6 dan dua orang guru pengawas dari Sekolah Stella Seria, baru-baru ini, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Galeri Mandian Puteri, Kampung Tanjong Maya Tutong.

    Ketibaan rombongan telah dialu-alukan oleh Pengurus Galeri Mandian Puteri, Awang Sha’ari bin Haji Zunaidi.

    Semasa lawatan tersebut, rombongan telah mendengarkan taklimat mengenai Galeri Mandian Puteri yang disampaikan oleh Dayang Nurul Nazirah Sha’ari sebelum dibawa melawat ke Galeri Arkib Peribadi, kemudian menaiki gerabak menuju ke Telaga Mandian Tujuh Puteri.

    Di Telaga Mandian Tujuh Puteri, rombongan diperkenalkan kepada flora dan fauna yang terdapat di kawasan sekitar seperti sumboi-sumboi, pokok mas cotek dan simpur.

    Selepas itu, rombongan menyaksikan cara-cara pengambilan madu kelulut dan lebih menarik lagi diberi peluang merasa sendiri keaslian madu kelulut. Rata-rata murid-murid sangat teruja dengan kesempatan merasa sendiri madu kelulut berkenaan.

    Rombongan ketika menyaksikan cara-cara pengambilan madu kelulut.  
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda