Saturday, December 28, 2024
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Melayang $100 buang sampah merata

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Seorang individu dikenakan denda kompaun $100 setiap seorang oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) kerana membuang bekas makanan dan minuman di Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan, kelmarin.

    Nazim bin Mohd Atan didenda di bawah Akta Kesalahan Rampaian (Pindaan) 2021 dan diberikan tempoh tujuh hari untuk membayar denda atau menghadapi tindakan mahkamah.

    Jika sabit kesalahan, denda boleh dikenakan antara $1,000 hingga $3,000 untuk kesalahan pertama dan tidak melebihi $9,000 atau enam bulan penjara untuk kesalahan berulang atau kedua-duanya sekali.

    Jabatan tersebut terus mengingatkan tentang tanggungjawab orang ramai untuk memastikan alam sekitar supaya sentiasa bersih.

    Gambar bekas makanan dan minuman yang dibuang semasa ditemui oleh jabatan tersebut. – GAMBAR SERAHAN JASTRE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda