Saturday, October 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Melayang $1,000 buang sampah merata

    Oleh Daniel Lim –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Seorang individu dikenakan denda kompaun sebanyak $1,000 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) kelmarin kerana membuang kayu-kayu terpakai di kawasan lereng bukit, di Kampung Dadap, Kilanas.

    Denda tersebut dikeluarkan di bawah Bab 12(1) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil (Pindaan) 2021 kepada Momin Hossain. Individu tersebut diberikan tempoh tujuh hari untuk menjelaskan denda kompaun tersebut.

    Jika gagal menjelaskan bayaran denda kompaun, individu berkenaan boleh didakwa ke mahkamah dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    Pihak JASTRe ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai atas bantuan dan kerjasama yang diberikan dalam usaha membendung aktiviti pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang.

    Orang ramai boleh menghubungi talian Darussalam 123 untuk sebarang aduan mengenai aktiviti pembuangan sampah yang disyaki menyalahi undang-undang atau terus menghubungi jabatan tersebut melalui talian 2241262 sambungan 4405 semasa waktu pejabat.

    Gambar Momin Hossain semasa membuang kayu-kayu terpakai di Kampung Dadap, Kilanas. – GAMBAR SERAHAN JASTRE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda