Oleh Ak Zaki Kasharan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan seorang lelaki tempatan membayar denda sebanyak $13,700 kerana memiliki rokok seludup.
Khairuldin bin Morshidi, 44, perlu menjalani hukuman penjara 13 bulan jika gagal menjelaskan denda itu.
Majistret Syaffina binti Shahif mendengar daripada pihak pendakwa kastam bahawa defendan didapati memiliki 18 karton dan satu paket rokok di dalam kenderaannya di Pos Kawalan Sungai Tujoh pada tengah hari 30 Ogos 2022.
Mahkamah juga telah mengarahkan rokok tersebut dimusnahkan.
