Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Melayang $14,000 gara-gara miliki rokok seludup

    Oleh Nour Maghfirah –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OGOS – Seorang lelaki warga Indonesia, kelmarin, diperintahkan untuk membayar denda $14,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki rokok seludup.

    Muhammad Tinwar berdepan penjara 13 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Pendakwa Raya Kastam memaklumkan Majistret Qamarul Affyian bin Abdul Rahman bahawa defendan telah diberkas pada 10 Ogos, semasa operasi bersama melibatkan agensi penguatkuasaan agama, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan serta Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

    Operasi itu dijalankan di sebuah kediaman pekerja di Kampung Telanai kira-kira pukul 9:30 malam.

    Dalam operasi itu, pihak berkuasa merampas 15 karton dan empat peket rokok pelbagai jenis, bersama satu telefon bimbit.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda