Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Melayang $5,000 kerana miliki rokok seludup

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Mahkamah Majistret hari ini telah memerintahkan seorang lelaki penduduk tetap berusia 66 tahun untuk membayar denda $5,000 kerana memiliki rokok seludup.

    Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memerintahkan warga emas, Nor Azman bin Abdullah @ Tonis anak Nopet untuk menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda tersebut selepas dia mengaku bersalah memiliki 21 paket rokok pelbagai jenama.

    Pendakwa kastam memaklumkan kepada mahkamah bahawa pegawai pencegah kastam telah memeriksa rumah defendan di Barek Lorong 3 Seria pada pukul 12:15 tengah hari 16 Februari 2021.

    Mahkamah juga mengarahkan agar kesemua rokok yang dirampas itu untuk dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda