Monday, October 14, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Melayang $51,000 gara-gara miliki rokok seludup

    Oleh Nour Maghfirah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Mahkamah Majistret kelmarin memerintahkan seorang lelaki tempatan menyelesaikan denda $51,000 selepas dia mengaku bersalah memiliki rokok seludup.

    Azhrin Hidayat bin Saidi perlu menjalani hukuman penjara 15 bulan jika gagal membayar denda.

    Majistret Syarifah Nur Baqiyah binti Malai Shahran mendengar daripada pihak pendakwa kastam bahawa defendan telah ditahan pada 23 Mei 2022, semasa operasi yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja di sebuah rumah di Perpindahan Kampung Mentiri.

    Anggota penguat kuasa telah menemui 49 karton dan 20 paket rokok pelbagai jenama.

    Semua barang rampasan diarah dilucuthakkan kepada kerajaan dan dimusnahkan.

    Gambar hiasan. – Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda