SYDNEY, 1 OGOS – Gara-gara membawa dua McMuffins dan kroisan daging, seorang pengembara yang tiba di Australia dari Indonesia didenda hampir AS$2,000 selepas pengawal sempadan mengesan kedua-dua makanan itu dalam beg galasnya.
Gambar dikeluarkan Kementerian Pertanian Australia pada 1 Ogos menunjukkan hidangan sarapan pagi McDonald’s yang dirampas pengawal sempadan Australia daripada pengembara tiba dari Indonesia, sebagai sebahagian daripada pemeriksaan biokeselamatan sebaik sahaja memasuki negara itu di Lapangan terbang Darwin. –AFP