Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Melbourne dikenakan perintah berkurung

    MELBOURNE,30 JUN – Ratusan ribu penduduk di utara dan barat Melbourne diarah untuk berada di dalam kediaman masing-masing, ketika bandar kedua terbesar Australia itu cuba membendung peningkatan kes COVID-19.

    Negeri Victoria di selatan Australia merekodkan 233 kes COVID-19 sejak Khamis lalu, sebahagian besarnya di Melbourne, satu peningkatan besar di negara itu, yang sebelum ini berjaya membendung penularan pandemik virus berkenaan. Ketua negeri, Daniel Andrews berkata, lebih 30 kawasan kediaman di Melbourne akan dikenakan perintah berkurung bermula tengah malam esok hingga 29 Julai.

    Ia membabitkan rumah lebih 300,000 penduduk di bandar yang di-diami kira-kira lima juta penghuni itu.

    Orang ramai hanya dibenarkan meninggalkan kediaman masing-masing untuk ke sekolah, pejabat, beriadah dan membeli makanan atau barangan keperluan lain. Penduduk dari kawasan lain pula dilarang dari memasuki kejiranan yang mencatatkan jangkitan tertinggi, dengan peronda serta pegawai polis dilihat aktif menjalankan pemeriksaan rambang. Banyak perniagaan juga terpaksa ditutup hanya selepas beroperasi selama beberapa minggu.

    “Ini adalah langkah luar biasa,” kata Andrew. “Tetapi begitulah sifat virus ini, sangat menular sehingga kita perlu mengambil langkah-langkah ini sekarang,” tambahnya. – AFP

    Beberapa orang penduduk tempatan dilihat menuju ke salah sebuah stesen kereta api di Melbourne kelmarin. Ratusan ribu penduduk di utara dan barat Melbourne diarah untuk berada di dalam kediaman masing-masing, ketika bandar kedua terbesar Australia itu cuba membendung peningkatan kes COVID-19. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda