Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meletakkan tumbuhan segar di atas perkuburan: Sunnah Rasulullah

    (Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    Disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan

    Amalan membersihkan kubur telah menjadi satu kebiasaan ketika menziarahi kubur. Ahli keluarga akan bergotong-royong dan berkerjasama membersihkan kubur sebelum membacakan ayat-ayat al-Qur’an dan tahlil untuk si mati.

    Daun-daun kering dibuang dan rumput lalang dipotong atau dicabut supaya kawasan kubur akan kelihatan bersih dan tidak semak oleh rumput-rumput dan lalang-lalang yang terbiar.

    Namun, satu perkara yang mungkin tidak diketahui oleh sebilangan orang bahawa terdapat anjuran untuk meletakkan tumbuh-tumbuhan di atas kubur. Perkara ini dianjurkan adalah sebagai mengikut sunnah Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana disebut dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma yang maksudnya:

    “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah lalu di sebuah kebun di Madinah atau di Makkah, lalu Baginda mendengar suara dua orang yang sedang di azab di dalam kubur mereka.

    Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda: “Keduanya sedang diazab dan tidaklah keduanya itu diazab kerana dosa besar.” Kemudian Baginda bersabda: “Bahkan! Salah seorang daripada keduanya tidak bersuci daripada kencing, sedang yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu domba.

    Kemudian Baginda meminta sebatang pelepah kurma, lalu dipatahkannya menjadi dua.

    Kemudian Baginda meletakkan (atau menusukkan) patahan pelepah kurma itu ke atas kubur keduanya. Lalu orang pun bertanya: “Wahai Rasulullah mengapakah tuan berbuat demikian?” Baginda pun bersabda: “Semoga diringankan kedua (penghuni kubur yang sedang disiksa ini) selama (pelepah kurma) ini belum kering”. (Hadits riwayat al-Bukhari)

    Foto Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda