Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Melukis dalam kegelapan semasa ‘Earth Hour’

    SERAMAI lima pelukis seni Indonesia telah menjemput orang ramai untuk menyaksikan kehebatan mereka melakar beberapa buah lukisan sempena ‘Earth Hour’ baru-baru ini di The Ritz Carlton Jakarta di Mega Kuningan, Jakarta Selatan.

    Penggiat seni ini telah menamakan aktiviti itu sebagai ‘Earth Art Hour’ dan bertujuan untuk menggalakkan artis-artis seni yang lain untuk menghasilkan karya-karya seni tentang bumi selama satu jam dan di bawah pencahayaan yang minimum iaitu sekitar 70 hingga 80 peratus daripada pencahayaan di hotel tersebut.

    Salah seorang artis tersebut, Joko Kisworo telah meletakkan kanvasnya dan lima helai kertas kosong di sebuah ruangan yang kosong dan gelap. Tidak seperti artis-artis seni yang lain, Joko tidak menggunakan kuda-kuda apabila memulakan aktiviti melukis. Joko memperlihatkan gerak tangannya yang melakar beberapa corak seperti tangan seekor sotong disertakan dengan kepelbagaian percikan warna-warna, termasuk warna putih dan juga biru.

    “Ia merupakan satu lakaran ekspresi saya. Saya mencat dengan pergerakan jiwa, satu kanvas sebenarnya tidak cukup buat saya, oleh itu, saya biasanya akan menggunakan lebih banyak kanvas daripada kertas-kertas kosong,” katanya dipetik sebagai berkata oleh Jakarta Post.

    Berkaitan dengan alam sekitar

    Apa yang pasti, lukisan Joko adalah mengenai keseimbangan antara bumi dan juga langit. Dia melahirkan kebimbangan mengenai keadaan sebuah planet yang mengalami pemanasan global dan bencana alam. “Saya fikir ia adalah satu tindakan dan kerakusan manusia yang sering mengganggu keseimbangan,” kata artis abstrak itu, sambil menambah bahawa ini bukan kali pertama dia mengutarakan dan mempamerkan isu-isu itu.

    Artis-artis seni ini dipilih oleh Siji Art Management, sebuah platform untuk artis-artis seni dalam mengorak gaya dan watak yang berbeza dari medium-medium tertentu.

    Penggiat seni ini telah menamakan aktiviti itu sebagai ‘Earth Art Hour’ dan bertujuan untuk menggalakkan artis-artis seni yang lain untuk menghasilkan karya-karya seni tentang bumi.

    Melukis dalam keadaan gelap sebenarnya tidak begitu sukar untuk artis yang berasal dari Semarang itu, malah dia dapat melakukannya dengan matanya tertutup. “Ia sangat menarik untuk melukis dan mengecat dengan mata yang tertutup. Saya hanya bergantung sepenuhnya kepada kemampuan motorik, naluri dan jiwa saya,” kata Joko yang mana juga akan turut serta dalam pameran berikutnya yang akan diadakan di Yogjakarta tidak lama lagi.

    Sebagaimana corak dan lakaran Joko, ekspersi lakaran M.Ruslan juga memutuskan untuk menggunakan tangannya untuk melukis dan mencorakkan lakaran yang menarik. “Ini sudah menjadi kebiasaan saya di mana saya dapat merasa tekstur kanvas itu sendiri,” kata Ruslan lagi sambil menambah bahawa dia tidak cuba mengikuti apa yang dibuat oleh Affandi.

    “Sebenarnya, ada sesuatu yang unik tentang menggunakan tangan, di mana ia akan menjadi lebih sukar untuk menjalin lukisan anda, kerana ia mempunyai cap jari anda di atasnya,” tambah M.Ruslan.

    Kreatif dan inovatif

    Pada malam itu, Ruslan telah membuat lukisan yang menggambarkan sebatang pokok. Dia telah menggunakan dua kanvas, menunjukkan bahawa lukisan itu sebenarnya tidak lengkap jika ia dipisahkan antara satu dengan yang lain. Apabila kedua-dua kanvas disatukan, ia akan menghasilkan imej pokok-pokok dan kelihatan seolah-olah ia telah dipotong dan kehilangan kecantikannya.

    Manakala pelukis-pelukis lain yang turut terlibat dalam acara tersebut ialah realis Iwan Suhaya dan Kinkin serta La Ode Umar, yang mempunyai bakat tersendiri dalam gaya lukisan pop-seni. Artis-artis seni ini dipilih oleh Siji Art Management, sebuah platform untuk artis-artis seni dalam mengorak gaya dan watak yang berbeza dari medium-medium tertentu.

    Pengasas dan pengarah platform, Cut Nailil Muna berkata bahawa semua peralatan lukisan telah disediakan oleh artis itu sendiri. Kerja-kerja seni akan dipaparkan selama seminggu di kawasan lobi hotel berkenaan dan orang ramai dibenarkan untuk membeli dan hasilnya akan didermakan kepada Tabung Hidupan Liar Dunia. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda