Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memahami sejarah Brunei

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Dengan hasrat untuk mendapatkan pendedahan, memahami dan mengenali sejarah serta budaya Negara Brunei Darussalam, delegasi empat orang dari K@Borneo telah mengadakan lawatan ke Pusat Sejarah Brunei, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Ketibaan delegasi yang diketuai oleh Ketua Pustakawan, Universiti Malaysia Sarawak, Korina Ibrahim itu dialu-alukan oleh Ketua Bahagian Pameran dan Perkhidmatan, Pusat Sejarah Brunei, Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad serta pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah Brunei.

    Para pelawat berkenaan juga berpeluang untuk melawat galeri pameran pusat berkenaan di mana semasa lawatan mereka diberikan penerangan oleh Pengiran Hajah Mahani yang memperkenalkan dan menerangkan mengenai Pusat Sejarah Brunei.

    Delegasi berkenaan merupakan sebahagian daripada rombongan K@Borneo yang berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan kerja selama lima hari bermula 28 Julai hingga hari ini.

    Pengiran Hajah Mahani memberikan penerangan kepada rombongan K@Borneo yang mengada-kan lawatan ke galeri pameran, Pusat Sejarah Brunei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda