Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memahami tugas dan tanggungjawab anggota bomba

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Seramai 20 orang peserta dari Program Pertukaran Tahunan Latihan Bersama Brunei Darussalam dan Singapura kali ke-3 telah mengadakan lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) yang mana seramai 10 peserta dari Singapura diketuai oleh Mejar Lee Peng Yang, SCDF dan 10 orang peserta dari Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Pegawai Pentadbir Tingkat Khas, Awang Muhsin bin Ahmad.

    Atur cara lawatan rombongan peserta program itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat, Awang Lim Hock Guan dan seterusnya sesi taklimat mengenai JBP Negara Brunei Darussalam yang disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat, Awang Shahrin bin Haji Mohd Jawie.

    Selesai sahaja taklimat, para rombongan kemudian dibawa melawat ke Balai Unit Operasi Wanita dan mendengar penerangan mengenai penubuhan unit operasi tersebut dari Stesen Komander Unit Operasi Wanita, Pegawai Balai, Dayang Maimunah binti Haji Puasa.

    Peserta dari Program Pertukaran Tahunan Latihan Bersama Brunei Darussalam dan Singapura kali ke-3 bergambar ramai bersama Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat serta anggota bomba yang lain.
    Para peserta mendengar taklimat berhubung tugas dan tanggungjawab anggota bomba.

    Para rombongan seterusnya berkesempatan untuk menyaksikan satu demonstrasi keupayaan oleh anggota bomba wanita dari unit berkenaan dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

    Hadir sama ialah Kedutaan Singapura di Negara Brunei Darussalam, Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Kol (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, penolong pengarah perancangan latihan dan kakitangan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai, anggota dan kakitangan JBP.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda