Oleh Raz AS Memancing sememangnya boleh menjadi hobi yang mahal, namun begitu awda sebenarnya tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menikmati hobi ini. Seperti mana kebanyakan hobi-hobi yang lain, mengeluarkan modal sebagai permulaan untuk menceburinya itu merupakan perkara biasa. Contohnya jika awda memilih untuk menceburkan diri dalam hobi larian atau berjoging, awda perlu mengeluarkan