Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memandu dengan cermat, elak bahayakan orang lain

    Semenjak langkah-langkah pengawalan diperketatkan dilaksanakan semula di negara kita, orang ramai diseru agar tidak mengambil risiko dan tetap berada di rumah masing-masing kecuali terdapat perkara yang mustahak.

    Justeru pelbagai tawaran khidmat penghantaran oleh para peniaga atau tukang penghantar bagi memastikan orang ramai tetap berada di rumah dan memudahkan mereka untuk mendapatkan keperluan mereka. Sehingga sesetengah tukang penghantar mengatakan ‘tidak menang tangan’ untuk menerima semua pesanan. Namun, apa yang mengecewakan saya dan mungkin sesetengah orang yang sependapat dengan saya, sesetengah pemandu khidmat penghantaran ini cuai ketika memandu.

    Saya nyaris mengalami tiga kali kemalangan berbeza akibat kecuaian pemandu khidmat penghantaran yang secara tiba-tiba menghentikan keretanya dan keluar persimpangan tanpa memikirkan keselamatan pemandu lain.

    Dan lebih teruk lagi mengundurkan kereta mereka tanpa memikirkan saya yang berada di belakang mereka kerana terlepas simpang yang dituju.

    Ketika saya menemui ketiga-tiga pemandu dan bertanya kenapa membahayakan orang lain, mereka hanya menjawab dengan selamba ‘kami gegas, banyak lagi dihantar’, dan di mana salah seorang darinya langsung tidak meminta malah mengomel meskipun dirinya salah.

    Gegas? Saya faham masih banyak tempat hendak dituju tetapi perlukah memandu cuai sehingga boleh mengundang bahaya kepada orang lain?

    Dreba

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda