Memanfaatkan teknologi ruang angkasa untuk kepentingan awam

Misi roket ke angkasa atau dikenali sebagai India Moon Shot sedang bersiap sedia dalam perjalanan ke bulan dan jika semua berjalan lancar, Organisasi Penyelidikan Angkasa India (ISRO) terus berharap untuk membuat pendaratan robot di permukaan bulan pada awal bulan September ini.

Pengerusi ISRO, Dr K Sivan menyifatkan Chandrayaan-2 sebagai misi angkasa paling kompleks yang dilakukan oleh India. India mempunyai 50 operasi satelit yang menyediakan perkhidmatan navigasi, ramalan cuaca, satelit televisyen dan membantu dalam operasi perbankan malah pada hari ini, ia tentang kehidupan dan menyelamatkan nyawa dan ia adalah petanda ISRO, kata Sivan.

India mempunyai keupayaan dalam membuat satelit, roket dan melancarkannya di India. Banyak syarikat asing menggunakan roket India bagi melancarkan satelit mereka.

Baru-baru ini di pusat pelepasan roket India, Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota, roket berkuasa tinggi, Geosynchronous Mark-3 yang turut dikenali sebagai Baahubali telah berlepas membawa bersama satelit India Chandrayaan-2 ke ruang angkasa. Hanya dalam masa 17 minit, roket 640 tan bersamaan dengan 1.5 Jumbo Jets, yang berdiri setinggi 15 tingkat telah berjaya menyelesaikan misinya dengan melepaskan satelit Chandrayaan-2 dan ia lebih baik daripada yang dijangka, kata Sivan.

Berkemungkinan roket itu menebus masalah sebelum ini berikutan proses pelepasan terpaksa dibatalkan berikutan masalah teknikal yang terdapat pada roket tersebut. Para saintis berusaha keras memperbaiki masalah tersebut dan terus bersemangat untuk merealisasikan impian India.

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata bahawa “jika anda bertanya kepada saya apa pengajaran yang ada dari Chandrayaan-2, saya akan berkata ia adalah tentang kepercayaan dan ketakutan.”

Modi merupakan peminat ruang angkasa yang terkenal dan mengetahui bagaimana untuk menggunakan teknologi sekali gus mengurus tadbir sekitar 1.3 bilion penduduk India. Modi turut menambah, India tidak pernah hilang harapan apabila berdepan halangan dan rintangan.

“Dunia sedang menyaksikan Tapasya, hasil tangan saintis hebat, di mana kita juga harus berasa bangga dengan fakta walaupun berdepan halangan, tidak ada perubahan waktu untuk sampai ke bulan,” jelas Modi.

Pada awal tahun ini, India telah melakukan percubaan ruang angkasa yang lebih hebat apabila India telah menembak jatuh sebuah satelit Micorsat-R dengan menggunakan peluru berpandu yang dilepaskan dari Pulau Kalam di Teluk Bengal.

Dikenali sebagai ujian senjata Anti-Satelit kemudian diberikan nama ‘Misi Shakti’, Dr G Satheesh Reddy, Ketua Pengarah Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO) berkata bahawa India bertindak secara bertanggungjawab dengan melakukan ujian pada tahap ketinggian rendah supaya sampah ruang angkasa dapat diminimumkan.

Perdana Menteri, Narendra Modi berkata melalui A-Sat, “kita telah berjaya memperoleh keupayaan dalam memusnahkan satelit dalam jarak tiga ratus kilometer dalam masa tiga minit.” India menjadi negara keempat di dunia, memiliki keupayaan ini selepas Amerika Syarikat, Rusia dan China. Dalam erti kata lain, India sanggup melakukan apa sahaja dalam melindungi aset pentingnya di ruang angkasa. Satelit India turut membantu ekonomi negara itu dan merupakan infrastruktur yang penting bagi New Delhi.

Chandrayaan-2 merupakan roket kedua India yang berjaya berlepas ke ruang angkasa di mana yang pertama dilancarkan pada tahun 2008 dan dinamakan sebagai Chandrayaan-1.

Modi berkata Chandrayaan-2 merupakan teras kepada India dan ia mengandungi semangat serta cita-cita India. Misi ini membuktikan bahawa India sekali lagi berusaha keras khususnya pada era baharu dengan kemajuan canggih, semangat inovatif, saintis, mereka adalah yang terbaik, kelas dunia, kata Modi.

India telah menghantar 12 instrumen saintifik yang dibuat secara asli di mana ia akan menganalisis permukaan bulan, memetakan carian topografi untuk air dan mengukur gempa bulan bersama dengan benda-benda lain.

Kali ini, India turut membawa instrumen kecil bagi Agensi Angkasa Amerika NASA di atas kapal Vikram Lander.

Teknologi canggih India itu dikuasai oleh kecerdasan buatan dan dijangka akan melakukan perjalanan panjang di permukaan bulan selama kira-kira setengah kilometer iaitu sekitar 14 hari. ISRO berharap untuk pendaratan lembut pada 7 September 2019 nanti dan jika berjaya, India akan menjadi negara keempat selepas AS, Rusia dan China yang mempunyai keupayaan untuk mendarat di permukaan bulan. Sivan berkata akan terdapat sekitar 15 minit detik yang menakutkan khususnya apabila pendaratan Vikram Lander.

Pada akhir tahun ini, India akan mempunyai 10 lagi misi ruang angkasa termasuk demonstrasi The Small Satelite Launch Vehicle (SSLV) atau ‘Baby PSLV’, roket kos rendah dan mempunyai sekitar 500 kilogram berat di ruang angkasa.

India juga mempunyai rancangan untuk menghantar angkasawan ke Venus, misi robot ke Marikh dalam beberapa tahun akan datang.

Gaganyaan dalam misi perjalanannya di mana menjelang 2022, India berharap untuk menghantar angkasawan India ke ruang angkasa di tanah India sendiri.

India tidak syak lagi menaruh harapan tinggi dalam teknologi ruang angkasa. Modi berkata, “Saya berharap misi Chandrayaan-2 akan mampu memberikan inspirasi kepada belia kita untuk meminati Sains dan Inovasi, lagipun, Sains merupakan jalan ke arah kemajuan.”