Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memastikan kakitangan sedia berdepan situasi kecemasan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Cawangan Bandar Seri Begawan, hari ini, telah mengendalikan latihan kebakaran yang memfokuskan ke atas pengosongan bangunan kompleks berkenaan.

    Latihan tersebut merupakan usaha melengkapkan para kakitangan dan penyewa di Kompleks Yayasan dengan pengetahuan dan meningkatkan masa tindak balas dalam situasi kecemasan.

    Senario latihan kebakaran dan kecemasan pengosongan bangunan bermula tepat jam 8:45 pagi apabila bunyi siren kecemasan diaktifkan di Blok A, B dan C kompleks berkenaan.

    Tumpuan utama latihan adalah keselamatan terutama sekali melatih para kakitangan dan penyewa untuk sama-sama menjaga dan melindungi keselamatan orang awam atau pelanggan yang berkunjung ke Kompleks Yayasan.

    Penyelarasan latihan telah dijalankan oleh Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘A’, Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat, Awang Mohd Yudieswandy bin Bakar.

    Para kakitangan Yayasan berada di ruang perkumpulan ketika operasi itu dijalankan.
    Para kakitangan Yayasan berada di ruang perkumpulan ketika operasi itu dijalankan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda