Wednesday, May 14, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memastikan kesejahteraan dan kesihatan masyarakat sentiasa terjamin

    Oleh Lenna N.B.
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Sambutan Hari Raya di Istana Nurul Iman hari ini meriah dengan kehadiran orang-orang kenamaan serta diplomat dan VVIP yang meraikan Aidilfitri bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja yang lainnya.

    Dalam menyahut titah Baginda Sultan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijrah ini, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, menjelaskan kepentingan institusi penghulu dan ketua-ketua kampung berperanan menjaga keamanan dan ketemteraman penduduk kampung dan mukim.

    “Dan kami daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan sentiasa menjalankan peranan kami menjaga keselamatan, kedamaian dan ketenteraman negara. Malah, setiap kita memainkan peranan tersebut untuk mencapai ke arah keamanan,” ucap Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar.

    Manakala, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, turut menyentuh betapa titah Baginda Sultan perlu dijunjung oleh seluruh lapisan masyarakat Brunei Darussalam demi masa depan penduduk dan negara.

    Di samping itu, Yang Berhormat Pehin juga berpesan betapa kepentingan kesihatan perlu ditanamkan sejak awal lagi.

    Begitu juga dari segi sikap berjimat cermat dan mengawal perbelanjaan.

    “Pada pendapat saya, ada baiknya kita berbelanja dalam negara dari luar negara yang akan membawa kemajuan kepada peniaga-peniaga kita. Di samping itu, tanamkan sikap menabung dan berbelanjalah dengan penuh berhemah,” tambah Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi.

    Yang Berhormat Pehin turut menunjukkan rasa bersyukur menyaksikan sambutan Aidilfitri sentiasa meriah setiap tahun terutamanya di masjid-masjid ketika ramai rakyat Brunei berdudun menunaikan solat sunat Hari Raya.

    Beliau yakin, dengan sambutan tersebut, kemeriahan Aidilfitri di negara ini tidak akan pudar di telan zaman.

    “Dalam kesempatan ini, Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga Brunei. Bersama kita berpegang kepada matlamat Hari Raya dalam mengukuhkan silaturahim dan perpaduan. Berhati-hati di jalan raya, jaga etika di rumah pengunjung, hormat-menghormati antara sesama tetamu, dan teruskan perilaku yang baik di hari raya. InsyaAllah dengan ini kita dapat menjaga kedamaian dan kemeriahan di Aidilfitri,” ucap Yang Berhormat Pehin.

    Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.
    Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.
    Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
    Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
    Richard Lindsay ketika sedang ditemu ramah.
    Richard Lindsay ketika sedang ditemu ramah.
    Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari.
    Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari.

    Keunikan budaya dan ikatan perhubungan erat

    Majlis Junjung Ziarah itu telah menzahirkan rasa bersyukur dalam kalangan para hadiran terutamanya para pesuruhjaya tinggi dan duta-duta besar yang di antaranya menyambut Aidilfitri pertama kali di Negara Brunei Darussalam.

    Ini jelas dinyatakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Richard Lindsay yang baru dalam minggu pertama di Brunei, tidak sabar ingin menerokai kebudayaan dan tradisi Brunei.

    “Ia merupakan satu pengalaman yang menarik bagi saya berada di sini dan menyambut Aidilfitri. Menjunjung kasih kehadapan majlis Baginda Sultan kerana memberikan peluang ini. Saya harap, semoga hubungan dua negara ini terus erat dalam memperkembangkan pembangunan negara,” jelas Richard Lindsay.

    Menurut beliau, Brunei dan British sudah lama mempunyai hubungan kerjasama dalam pembangunan negara, merangkumi perihal keselamatan, pendidikan, dan ekonomi.

    Begitu juga dari segi hubungan kerabat diraja antara dua negara yang begitu erat. Justeru, sasaran beliau untuk terus memperkembangkan jalinan silaturahim tersebut antara kedua-dua negara.

    Manakala, Duta Besar Ke-sultanan Oman, Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari, Sambutan Hari Raya pada tahun ini adalah kali ke-empat tahun beliau meraikannya di Brunei Darussalam.

    Beliau sentiasa berasa bersyukur kerana berpeluang meraikan hari pertama Aidilfitri bersama Baginda Sultan di Istana Nurul Iman.

    “Istimewanya di Sambutan Aidilfitri ini, walaupun Ke-sultanan Oman terletak kira-kira 6,000 batu dari Negara Brunei Darussalam, kami telah meraikan Hari Raya pertama pada hari ini. Sedangkan beberapa negara yang berhampiran Brunei sudah pun menyambut raya kelmarin. Saya rasa begitu terharu, kerana ini bukan ditentukan oleh kita, tetapi penglihatan anak bulan atas rahmat Allah jua. Begitu juga budaya rumah terbuka dan sebagainya, kita banyak berkongsi budaya yang sama, dan saya tidak berasa asing kerana ia seperti meraikan Hari Raya di negara saya,” terang Sheikh Ahmed.

    Tambah beliau lagi, wawasan Islam telah mengeratkan silaturahim antara dua negara.

    Brunei dan Kesultanan Oman masing-masing menjadi contoh sama ada dari segi pentadbiran dan ekonomi dalam membawa negara ke arah kemajuan.

    “Saya mewakili Sultan Oman dan masyarakat Oman, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Baginda Sultan. Saya berasa bersyukur dan amat terharu berada di Istana Nurul Iman hari ini. Semoga Baginda Sultan terus sihat,” ucap Sheikh Ahmed.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/