Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    ‘Membangun Ekonomi Rabbani’

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Dalam ekonomi Islam, kedudukan harta merupakan hal terpenting yang sangat diperhatikan oleh Islam sehingga dalam Maqasid Syariah menjadikannya salah satu prinsip terpenting iaitu ‘Hifzul Mal’ bererti menjaga atau memelihara harta.

    Mengurus dan membelanjakan harta adalah antara amanah Allah SWT dan ia merupakan satu keperluan yang bertujuan untuk membangun kehidupan.

    “Islam menggariskan agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk membangun dan membina kehidupan yang bahagia dan harmoni. Perspektif yang tepat terhadap harta akan memastikan seseorang itu mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat menerusi hartanya.”

    Perkara itu ditekankan dalam tazkirah bertajuk Membangun Ekonomi Rabbani yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Ilmu Teras, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Noralizam bin Haji Aliakbar semasa Majlis Perhimpunan Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) bagi kali ke-141 dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE), malam tadi.

    Hadir sama pada acara tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Malam Munajat diadakan secara fizikal dengan tumpuan utama di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Kampung Tungku Katok.

    Turut hadir ialah warga kerja KHEU dan MOFE serta ahli-ahli jawatankuasa takmir dan para jemaah yang hadir secara fizikal di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Malik mahupun secara maya dari 63 buah masjid, surau dan balai ibadah di seluruh negara serta yang mengikuti dari rumah-rumah persendirian.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin hadir bersama tetamu lain pada Majlis Perhimpunan Malam Munajat baru-baru ini. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    Ribuan bantah keganasan terhadap wanita di Perancis

    Berita Berkaitan

    Reliance India hentikan import minyak mentah Rusia

    NEW DELHI, 21 NOV - Reliance Industries India kelmarin...

    34 keluarga mangsa musibah terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura meningkat

    SINGAPURA, 21 NOV - Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan ekonominya...

    Pertumbuhan S’pura diramal melonjak sebab AI

    SINGAPURA, 21 NOV – Ekonomi Singapura diramalkan bertumbuh untuk...

    Terkini

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    WASHINGTON, 23 NOV – Seorang penduduk negeri Washington meninggal...

    Ribuan bantah keganasan terhadap wanita di Perancis

    PARIS, 23 NOV - Ribuan penunjuk perasaan di seluruh...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...