Wednesday, March 26, 2025
33.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Membawa teknologi AI dan robot ke dapur

    LAS VEGAS – Robot-robot seperti cef, perka-kas dikuasakan kecerdasan buatan (AI) dan gajet-gajet dapur berteknologi tinggi lain menjanjikan bahawa manusia tidak perlu lagi memasak untuk diri mereka sendiri.

    Terdapat banyak inovasi baharu dalam dunia makanan dan minuman di CES 2024, acara perdagangan berbilang hari yang diadakan oleh Persatuan Teknologi Pengguna yang sedang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).

    Pameran-pameran termasuk mesin pembuat ais krim serupa dengan Keurig dan barista robot yang pergerakannya bertujuan meniru manusia yang membuat latte vanila.
    Di sini adalah beberapa teknologi terbaharu yang mengubah cara makanan disediakan, dimasak dan dihantar.

    GE Appliances sedang mencari untuk mengubah cara awda menyalai makanan dengan penyalai dalam rumah baharu bernilai AS$1,000.

    Bersaiz seperti ketuhar pembakar roti atau ketuhar gelombang mikro, GE Profile Smart Indoor Smoker boleh memuatkan dada ayam dipotong separuh, 40 sayap ayam atau tiga rak rusuk. Ia masih menggunakan pelet kayu untuk mencapai rasa berasap, tetapi teknologinya memerangkap asap di dalamnya, menjadikannya “sempurna untuk orang yang tinggal di persekitaran bandar,” seperti pangsapuri bertingkat tinggi, kata Whitney Welch, jurucakap GE Appliances.

    Christopher Huang dari Brisk It bercakap mengenai gril pintar NeoSear yang baru dilancarkan syarikat itu, yang menggunakan AI untuk menjana resipi dan memantau masakan semasa pameran teknologi CES pada 10 Januari lalu. – AP
    Robot barista, Artly menghidangkan minuman semasa pameran teknologi CES pada 10 Januari di Las Vegas. (Sisipan) Pesanan ais krim siap yang dibuat oleh robot aiskrim Sweet Robo dipaparkan semasa demonstrasi di pameran teknologi CES. – AP
    Laura Hammond dari Profil GE, bercakap semasa membuat demonstrasi mengenai penyalai elektrik dan tanpa asap baharu syarikat itu semasa pameran teknologi CES. – AP
    Gambar AP

    Menggunakan teknologi AI generatif, gril pintar baharu Brisk It, NeoSear bertujuan untuk menjadikan seni barbeku lebih mudah.

    Awda boleh bertanya kepada pemanggang semua jenis soalan untuk mencipta resipi yang sempurna: Apakah perasa yang perlu saya tambah untuk menjadikan ayam saya pedas?

    Bagaimanakah cara saya membakar stik sederhana kurang masak?

    Sebaik sahaja awda telah menetapkan resipi dan menyediakan makanan, teknologi InnoGrill AI 2.0, Brisk It akan mengarahkan pemanggang untuk memasaknya.

    “Ia adalah pemanggang pintar semua orang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Christopher Huang. “Tidak kira sama ada awda seorang peminat mahir, jika awda sibuk, muda atau tua.”

    Panggangan itu belum tersedia tetapi akan menelan kos sekitar AS$2,000, kata Huang.

    Membekukan ais krim awda sendiri di rumah mengambil masa berjam-jam, tetapi dengan mesin ais krim ColdSnap daripada startup teknologi, hidangan beku awda siap dalam masa dua minit.

    Anggap ia sebagai Keurig untuk ais krim: Pilih daripada perisa seperti karamel masin dan kopi, kemudian masukkan pod ke dalam mesin dan ia akan mengeluarkan hidangan sejuk awda dalam beberapa minit selepas mengimbas kod QR pod.

    ColdSnap juga boleh menyediakan latte beku dan protein shake.

    Sebuah startup teknologi, Chef AI pula memperkenalkan apa yang digelar penggoreng udara ‘satu sentuhan sebenar’.

    Berbeza dengan penggoreng udara yang mungkin awda miliki di dapur, versi Chef AI terhadap perkakas dapur popular itu tidak memerlukan sebarang pemerhatian dengan tetapan. Hanya letakkan makanan dalam penggoreng udara, tekan Mula, dan ia menggunakan AI untuk mengesan jenis makanan yang sedang dimasak, kata Ketua
    Pegawai Eksekutif, Dean Khormaei.

    Dia berkata, alat penggoreng udara akan menjadikan tukang masak paling teruk menjadi cef.

    Chef AI akan tersedia di AS pada Septem-ber dengan harga AS$250.

    Manakala itu, bot barista Artly Coffee meniru cara manusia di belakang kaunter kedai kopi kegemaran untuk menyediakan pesanan biasa awda.

    “Apa yang sebenarnya kami cuba lakukan ialah mengekalkan seni kopi yang baik,” kata Alec Roig, pembangun perkakasan untuk startup teknologi yang berpangkalan di Seattle yang kini beroperasi di 10 lokasi di seluruh Barat Laut Pasifik dan di New York City.

    Roig berkata residen barista syarikat itu, yang berada di belakang semua resipi kopi Artly, disambungkan dengan penderia gerakan yang merakam pergerakannya semasa dia menyediakan setiap resipi, daripada membungkus serbuk kopi ke dalam penapis hingga membuih susu dan menuang seni latte. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda