Friday, May 9, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Membeli-belah dalam talian ‘norma baharu’ bagi warga emas

    NEW YORK – Pada November, Paula Mont melakukan sesuatu yang baharu bagi wanita berusia 86 tahun itu, iaitu tidak meninggalkan komuniti kediaman warga emas di New Jersey dalam masa hampir setahun dan membeli-belah – secara dalam talian.

    Mont menggunakan tablet, dilengkapi dengan jarum lakar untuk membantu tangannya yang bergetar-getar, untuk membeli mainan piano untuk cicit perempuannya. Dia mendapati lebih daripada puluhan versi instrumen di Amazon.

    “Ia seperti sesuatu yang menguja. Saya telah menjumpainya!” kata Mont.

    Internet telah menjadi satu pautan penting untuk dunia luar semasa pandemik, mereka yang dari jutaan manusia masih tidak mempunyai akses. Di kalangan golongan warga emas, kekurangan hubungan Internet telah menjejaskan kemampuan mereka untuk mendapatkan vaksin.

    Tetapi pandemik turut memotivasikan ramai orang yang tersisih di rumah atau tidak dapat meninggalkan rumah orang tua untuk belajar sesuatu yang dahulunya mereka tidak mahu belajar sehingga kini iaitu membeli barangan keperluan dan banyak lagi secara online.

    Salah seorang warga emas yang tinggal di rumah penjagaan terletak di San Francisco menggunakan tablet untuk membeli-belah barang keperluan dalam talian. – AP
    Ramai warga emas kini lebih suka membelibelah dalam talian berbanding keluar kerana mereka tergolong dalam kategori berisiko tinggi selain ia sangat mudah digunakan oleh mereka. – AP

    Rakyat Amerika Syarikat (AS) berusia 65 tahun dan yang lebih tua membuat pembelian melalui dalam talian secara purata AS$187 setiap bulan pada tahun lalu, meningkat 60 peratus dari tahun sebelumnya, menurut firma penyelidikan pasaran Kumpulan NDP Checkout Tracking.

    Mereka masih berbelanja kurang dari purata AS$238 setiap bulan mengikut populasi keseluruhan, tetapi mereka merupakan golongan yang pantas berkembang dalam membuat pembelian secara dalam talian meng-ikut kumpulan umur.

    Pembeli adalah salah satu aktiviti terbesar yang golongan tua AS kini sedang lakukan dengan Internet, seperti perjumpaan doktor dan bersosial melalui video digital seperti aplikasi FaceTime.

    Cara bersosial seperti itu terpaksa dibuat atas keperluan – golongan warga emas berdepan risiko lebih besar dijangkiti, jadi ia lebih berbahaya untuk untuk mereka keluar.

    Transisi dalam talian tidak berjalan dengan mudah dan kanak-kanak serta kakitangan atasan di rumah warga emas sering memberi bantuan, pengalaman yang boleh dianggap memuaskan dan mencabar.

    Barbara Moran, pengarah program sosial dari Rumah Warga Emas Atria, tempat Mont tinggal, berkata salah satu cabaran terbesar dihadapi warga di sana dengan peranti mereka ialah mereka terbiasa untuk ‘menolak’ bukan ‘menekan’, seperti mereka menggunakan telefon sentuhan. Dia terpaksa mengulangi tip tersebut berulang kali.

    “Saya pasti berbohong jika saya tidak mengatakan saya kadangkala kecewa,” kata Moran, yang duduk di sisi Mont – sambil memakai penutup mulut dan hidung – di kemudahan bilik makan untuk sesi membeli-belah mingguan.

    Peruncit Internet dan perkhidmatan penghantaran berharap mereka yang berusia melebihi 65 tahun akan dapat meneruskan tabiat membeli-belah secara dalam talian.

    Freshly, penghantar makanan yang siap dimasak, melihat untuk menambah bahagian yang lebih kecil dan pilihan rendah natrium yang disasarkan bagi golongan warga emas; perkhidmatan penghantaran barang keperluan, Instacart membuat telefon talian bantuan; perkhidmatan penghantaran Shipt menghapuskan yuran pembayaran $99 bagi warga emas berpendapatan rendah.

    Diane Shein, 73, dari Bonita Springs, Florida, memilih Instacart dan syarikat milik Amazon, Whole Foods untuk membeli barang keperluan disebabkan pandemik.

    “Saya tidak pasti berapa harga yang dikenakan tetapi saya tidak kisah,” kata Shein “Ia sangat mudah dan selamat.”

    Presiden Instacart, Nilam Ganenthiran meramalkan pembelian barang keperluan secara dalam talian adalah ‘normal baharu’ bagi golongan emas apabila pandemik berakhir.

    Akan tetapi, masih banyak halangan, dari bergelut menggunakan teknologi baharu hingga harga tinggi untuk mendapatkan akses.

    Mereka yang berusia 65 tahun dan lebih tua sedikit kemungkinan berbanding golongan muda untuk mempunyai sambungan Internet di rumah atau telefon pintar.

    Hampir 22 juta, bersamaan dengan 42 peratus penduduk AS berusia 65 tahun dan ke atas, kekurangan sambungan Internet di rumah, menurut kajian 2021 dari kumpulan tidak meraih keuntungan Older Adults Technology Services. Mereka yang berpendapatan rendah, berkulit hitam dan dari Amerika Latin yang lebih berusia besar kemungkinan akan tersisih, menurut kajian.

    “Kami meminta mereka untuk kekal berada di dalam rumah, akan tetapi masih ramai dari warga emas masih belum mempunyai Internet,” kata Lauren Cotter dari Community Tech Network, sebuah kumpulan tidak meraih keuntungan berpangkalan di San Francisco yang melatih warga berpendapatan rendah mengenai teknologi dan menyediakan tablet dan hotspot percuma. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda