Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis
Drama terbaharu dari Amerika Syarikat, City on a Hill baru sahaja disiarkan pada 16 Jun yang lalu dan dicipta oleh Charlie McLean. Drama berkonsepkan drama dan pergolakan kehidupan ini berdasarkan kepada idea asal Ben Affleck dan McLean.
City on a Hill dibintangi oleh beberapa orang pelakon yang sememangnya sudah terkenal di persada seni Hollywood iaitu Kevin Bacon, Aldis Hodge, Amanda Clayton, Cathy Moriarty, Kevin Dunn dan Jill Hennessy. Drama ini juga mula disiarkan pada 7 Jun lalu melalui dalam talian.
City on a Hill ini diterbikan atas kerjasama beberapa orang artis ternama Hollywood seperti Tom Fontana, Ben Affleck, Matt Damon, Jennifer Todd, James Magold, Barry Levinson dan Michael Cuesta serta diselenggarakan oleh Syarikat Pearl Street Films dan banyak lagi.
Kronologi ringkas
Berlaku di Boston di awal tahun 1990an, di mana daerah itu dibelenggu dengan pelbagai siri jenayah ganas selepas pihak agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan membuat peraturan baharu.
Rasuah, suku kaum dan kehidupan sosial di lereng kedai merupakan satu perkara biasa sehinggalah berlaku perubahan berikutan makluman tersebut.
Drama ini merupakan kronologi terhadap apa yang dipanggil sebagai ‘Keajaiban Boston’. Ejen perubahan itu diwakili Dekourcy Ward yang berasal dari Brooklyn dan berkawan rapat bersama dengan Jackie Rohr, veteran FBI yang melaburkan banyak bagi mengekalkan status quo.
Kedua rakan tersebut bersama-sama menyiasat satu kes di mana sebuah keluarga telah dirompak di Charlestown sehingga kes itu terus berkembang sekali gus meningkatkan lagi sistem keadilan di seluruh bandar Boston. Apakah yang berlaku seterusnya, saksikan City on a Hill yang disiarkan dalam saluran Showtime.
