Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Membetulkan kesilapan di masa lalu

    Ulasan buku oleh Raz AS

    SEORANG penulis hebat dan pemenang Anugerah O. Henry, Stephen King, tampil bersama sebuah buku yang mengandungi koleksi cerita-cerita, beberapa di antaranya adalah yang terbaharu.

    Turut ditampilkan bersama adalah komen-komen autobiografi menerangkan mengenai bila, bagaimana dan kenapa beliau menulis atau memperbaharui setiap cerita.

    Sejak daripada buku koleksi pertama beliau, Nightshift, yang telah diterbitkan 35 tahun yang lalu, Stephen King telah memukau pembaca-pembaca dengan kepakarannya menulis karya fiksyen pendek. Di dalam koleksi terbaru beliau ini, untuk pertama kali telah diselitkan beberapa cerita pendek yang tidak pernah beliau terbitkan di dalam buku. Beliau memperkenalkan setiap cerita dengan perenggan pendek mengenai asal usul cerita atau sumber motivasi beliau untuk menulisnya.

    Beberapa tema telah ditampilkan di dalam koleksi cerita-cerita ini, di antaranya ialah; moral, kehidupan selepas mati, rasa bersalah dan apakah yang kita akan lakukan sekiranya kita dapat melihat ke masa depan atau membetulkan kesilapan di masa lalu.

    Afterlife adalah mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia disebabkan oleh kanser kolon dan terus menerus hidup dalam kehidupan yang sama, mengulangi kesilapannya berulang-ulang kali. Beberapa cerita menampilkan karakter-karakter yang menghadapi kematian, mengimbau kembali kesalahan dan jenayah yang telah mereka lakukan.

    Beberapa cerita lagi memperlihatkan mengenai apa yang akan terjadi terhadap seseorang apabila mereka mendapati mempunyai kuasa atau kebolehan yang unik seperti seorang kolumnis yang membunuh ramai orang dengan menulis nama mereka di dalam ruangan akhbarnya, seorang budak yang melihat nama-nama yang ditulis di atas pasir yang mana orang-orang berkenaan akan mati ditimpa kemalangan kemudiannya. Dalam Morality pula, Stephen King melihat bagaimana sebuah perkahwinan dan dua jiwa akhirnya musnah apabila pasangan suami isteri tersebut membuat perjanjian dengan syaitan.

    Kesimpulannya, koleksi cerita-cerita pendek ini adalah sebuah buku yang menakjubkan, menarik dan menyeramkan. Cerita-cerita ini merupakan hadiah terbaik penulis kepada peminat setia beliau.

    Jika anda adalah salah seorang daripada peminat setia ataupun ingin mengetahui kehebatan penulis terkenal dunia ini, silalah dapatkan The Bazaar of Bad Dreams di pasaran segera.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda