Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Membina terusan air selama 36 tahun

    DIDORONG oleh keinginan untuk memperbaiki keadaan hidup di kampung halamannya, Huang Dafa, ketua kampung di Caowangba, sebuah perkampungan kecil yang terletak jauh di pedalaman pergunungan Wilayah Guizhou, China, telah menghabiskan 36 tahun beliau menggali 10 kilometer panjang terusan air melalui tiga buah pergunungan.

    Legenda Cina Yu Gong telah bercakap tentang seorang lelaki tua yang mana rumahnya telah dipisahkan dari kampung berhampiran dan dua gunung. Jadi beliau mula menggali jauh ke dalam bagi memberi laluan langsung ke kampung itu.

    Orang ramai mengejeknya dalam apa yang mereka katakan bahawa ia adalah satu usaha yang sia-sia, tetapi beliau membalas bahawa keturunannya boleh menggali bagi generasi yang akan datang, dan gunung tidak akan dapat berkembang tinggi lagi. Didorong oleh keazamannya, dia akhirnya berjaya dengan bantuan Tuhannya. Kini, kata-kata ‘yu gong yishan’ – ‘orang tua yang boleh menggerakkan gunung’ – telah digunakan untuk menggambarkan cita-citanya yang kuat dan setiap kemungkinan boleh diatasi.

    Sementara mitos Yu Gong telah dibantu dengan kuasa Tuhannya, Huang Dafa, ketua kampung Caowangba, di pergunungan Guizhou, hanya boleh bergantung kepada kemampuan dan kekuatannya dalam membina saluran air di sepanjang tiga pergunungan kars. Projek bercita-cita tinggi beliau itu bermula pada tahun 1959 dan memerlukan 36 tahun untuk menyiapkannya. Kini, kampung beliau sudah berkembang maju hasil usaha dari sumber aliran air yang berterusan, dan ianya disebut dan digelar sebagai ‘Yu Gong nyata’.

    Sebelum saluran air yang mengagumkan ini terhasil, kemarau telah mengeringkan tanah di sekitar Caowangba dan penduduk sukar untuk mendapatkan air minum. Selain daripada telaga, kesemua sumber air telah kering, dan semua orang boleh mengambil air sebanyak yang boleh, namun apabila mengambilnya terlalu banyak di telaga bermakna seseorang mungkin tiada bekalan air kerana tiada lagi air di dalamnya.

    Huang Dafa telah membina terusan air selama 36 tahun bagi kemudahan penduduk kampungnya.
    Huang Dafa telah membina terusan air selama 36 tahun bagi kemudahan penduduk kampungnya.
    Huang Dafa masih menghabiskan masanya memantau terusan itu dengan kerap agar ianya berjalan dengan lancar.
    Huang Dafa masih menghabiskan masanya memantau terusan itu dengan kerap agar ianya berjalan dengan lancar.

    “Terdapat satu peraturan bahawa tiada siapa yang boleh mengambilnya terlalu banyak. Jika mereka melakukannya, orang lain mungkin tidak akan dapat bersarapan. Keadaan ini telah mendorong kami,” kata Timbalan Ketua Xu Zhou semasa mengimbas kembali. “Lupakan pengairan. Kami mempunyai sawah padi berkeluasan 330 meter persegi yang tandus sehingga kaki anda boleh dimasukkan dalam retakan tanah semasa musim kemarau. Ia adalah masalah yang serius. Jadi, kami mula mencari penyelesaian yang serius. “

    Namun pilihan yang ada tidaklah banyak, selain daripada berpindah jauh atau tiada melakukan apa-apa, dan tidak melakukan apa-apa bukanlah satu pilihan. Itu adalah hujah utama Huang Dafa apabila dia cuba untuk meyakinkan penduduk kampung di mana mereka terpaksa membawa air dari sepanjang jalan kampung Yebiao, beberapa kilometer jauhnya dan dipisahkan dari Caowangba oleh tiga gunung.

    Pada mulanya, orang ramai menyatakan ia adalah mustahil, di mana air tidak akan sampai kepada mereka, namun dia tidak mempunyai pilihan alternatif lain, dan Huang Dafa percaya ia boleh dilakukan. Beliau berjaya meyakinkan beberapa orang lelaki muda dan melakukan pekerjaan di projek terusan itu bermula pada tahun 1959. Beliau baru berusia 23 tahun pada ketika itu. Namun keadaan pada masa itu adalah sukar dan Dafa terpaksa memimpin penduduknya dalam tugas yang paling sukar dan merbahaya.

    Huang mengimbas kembali bahawa beliau pernah mengikat dirinya pada sebatang pokok pada ketinggian 300 meter buat kali pertama dan bertarung hidup di pinggir gunung. “Jika saya tidak melakukannya dahulu, siapa lagi yang berani?” katanya. Tetapi selepas menyaksikan keberanian beliau, sebahagian mereka enggan mengikuti jejak langkah beliau, kerana ia adalah terlalu merbahaya.

    Penduduk kampung menghabiskan masa 10 tahun menggali terowong 100 meter melalui puncak gunung dengan menggunakan peralatan tangan sahaja, namun usaha itu tidak membuahkan hasil, kerana air tidak mengalir seperti apa yang dirancang dan dimahukan. Huang menyedari bahawa keazaman mereka sangat kuat, namun pengetahuan mereka tentang jalan air dan pengairan tidak seberapa, jadi beliau menghabiskan beberapa tahun mempelajari kejuruteraan sistem-air di bandar Zunyi Fengxiang.

    Beliau kembali pada awal tahun 1990an dan bertanya kepada penduduk kampung untuk mencuba lagi. Mereka bersetuju dan melakukan kerja-kerja membuat saluran air sekali lagi. Mereka membuat kemajuan yang baik, oleh kerana Huang Dafa sentiasa berada di lokasi, membimbing mereka di sana. Namun kehidupan peribadinya tidaklah seindah dengan keazamannya apabila anak perempuan dan cucu beliau meninggal dunia semasa beliau melakukan pekerjaannya di gunung itu.

    Penduduk kampung bersama-sama melakukan projek terusan air itu dengan bimbingan Huang Dafa.
    Penduduk kampung bersama-sama melakukan projek terusan air itu dengan bimbingan Huang Dafa.
    ECNS melaporkan bahawa laluan air yang mengagumkan ini telah memberi manfaat kepada 1,200 orang penduduk dan telah meningkatkan penghasilan beras sebanyak daripada 25,000 kilogram kepada 400,000 kilogram setahun.
    ECNS melaporkan bahawa laluan air yang mengagumkan ini telah memberi manfaat kepada 1,200 orang penduduk dan telah meningkatkan penghasilan beras sebanyak daripada 25,000 kilogram kepada 400,000 kilogram setahun.

    “Dia tidak berada di rumah, walaupun kakak saya dalam keadaan nazak,” kata anak lelaki beliau berusia 53 tahun, Huang Binquan memberitahu China Daily. “Pasukan pembinaan tidak akan tahu bagaimana untuk melakukannya jika beliau tiada.”

    Pada tahun 1995, terusan air berukuran 7,200 meter panjang dan saluran cawangan 2,200 meter panjang akhirnya siap, dan air mula mengalir ke Caowangba. Ia merentasi tiga buah perkampungan lain, membekalkan air dari air yang mengalir merentasi tiga pergunungan. Ia dinamakan sebagai Dafa Channel, sebagai penghormatan kepada penerajunya.

    “Saya bertekad untuk membawa air ke Caowangba. Penduduk memperolehi makanan yang mencukupi sejak dari itu. Perut kenyang, fikiran tenang,” kata Huang Dafa berusia 82 tahun baru-baru ini. “Jika kita boleh melakukan sesuatu (untuk kemajuan), kita patut melakukannya. Kita tidak perlu menunggu untuk sesuatu perkara itu berlaku. Kehidupan saya berpuluh-puluh tahun boleh berlalu begitu sahaja jika tanpa melakukan apa-apa.”

    ECNS melaporkan bahawa laluan air yang mengagumkan ini telah memberi manfaat kepada 1,200 orang penduduk dan telah meningkatkan penghasilan beras sebanyak daripada 25,000 kilogram kepada 400,000 kilogram setahun.

    Pada tahun 1995, tahun di mana terusan air telah disiapkan, elektrik dan jalan baru telah dibina menuju kampung Caowangba. Ketiga-tiga projek telah diketuai oleh Hunag Dafa. “Saya mengambil keputusan untuk melakukan tiga perkara untuk penduduk kampung: membawa air ke kampung, membina jalan raya dan mendapatkan akses bekalan elektrik,” katanya dengan bangga.

    Walaupun dia kini berusia 80-an, bekas ketua kampung itu masih menghabiskan masanya memantau terusan itu dengan kerap agar ianya berjalan dengan lancar.

    Cerita yang menakjubkan ini juga mengingatkan kita kepada orang lain yang mana boleh menggerakkan gunung. Dashrath Manjhi, dari India, menghabiskan masa dua dekad beliau dengan memecahkan batu pergunungan dengan peralatan tangannya untuk membuat jalan bagi masyarakatnya, selepas kerajaan enggan membina jalan untuk mereka. Usahanya membuatkan beliau popular dan diberi nama sebagai ‘The Man Who Moved a Mountain’.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda