Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Membudayakan prinsip Maqasid Syariah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Seramai 61 orang warga Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KS-SUP) telah menyertai Bengkel Pengukuhan Maqasid Sya-riah dalam Pengurusan dan Pentadbiran Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di kementerian berkenaan, hari ini.

    Peserta bengkel terdiri daripada pegawai-pegawai KSSUP yang sebelumnya telah menghadiri Taklimat Kefahaman Maqasid Syariah dalam Pengurusan dan Pentadbiran yang diadakan untuk kementerian yang sama pada 15 Ogos lalu.

    Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Awang Azman bin Haji Kassim dan Haji Syahiran bin Haji Mohd Sofian dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

    Bengkel anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Unit Muraqib itu adalah untuk mengetarakan dan mengukuhkan pelaksanaan prinsip Maqasid Syariah dalam sistem pengurusan dan pentadbiran di Negara Brunei Darussalam dan merupakan salah satu projek strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi tahun 2020-2024.

    Antara objektif bengkel diadakan ialah untuk menilai keselarasan dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran Kementerian berdasarkan prinsip Maqasid Syariah bagi keperluan penubuhan Indeks Maqasid Syariah Negara Brunei Darussalam.

    Selain itu, bengkel tersebut dihasratkan akan dapat memupuk dan memantapkan nilai Rabbani dalam kalangan warga perkhidmatan awam.

    Antara matlamat utama projek tersebut adalah untuk membudayakan penghayatan lima prinsip Maqasid Syariah dalam pengurusan dan pentadbiran, iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta.

    Projek itu juga dihasratkan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam mendukung Maqasid Syariah dalam tadbir urus sesebuah organisasi dan juga kehidupan seharian.

    Projek tersebut menyasarkan agensi-agensi kerajaan, dan akan dilaratkan ke agensi-agensi swasta serta pertubuhan bukan kerajaan dalam usaha untuk mencapai objektif yang disasarkan melalui pendekatan Whole of Nation.

    Awang Azman semasa mengendalikan bengkel berkenaan.
    Antara peserta yang menghadiri bengkel yang berlangsung di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...