Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Membudayakan sikap membaca demi pembangunan masyarakat berilmu

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Seramai 130 orang telah mengikuti penstriman langsung Siri Webinar Galakan Budaya Membaca 2023 yang diadakan sebagai usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membudayakan masyarakat membaca.

    Para peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan, pustakawan dan guru dari dalam dan luar negara, mahasiswa dan mahasiswi serta orang-orang persendirian.

    Webinar siri kelima berkenaan menyaksikan pembentangan bertajuk ‘Menggalakkan Budaya Membaca Melalui Media Sosial’ disampaikan oleh pengarah filem, Awang Muhammad Iskandar bin Abdul Karim.

    Beliau antara lain menekankan media sosial memainkan peranan penting dalam mempromosi dan mengekalkan budaya membaca dengan pelbagai fungsi dan strategi.

    Manakala itu, pembentangan kedua telah disampaikan oleh Pegawai Perpustakaan Kanan DBP, Dayang Emi Suryaney binti Haji Hipny dengan tajuk ‘Menerajui Galakan Budaya Membaca untuk Pembangunan Masyarakat Berilmu’.

    Menurut Dayang Emi Suryaney, Perpustakaan DBP menyediakan beberapa perkhidmatan dan pelbagai jenis program tanpa mengira had umur dalam peranannya meningkatkan budaya membaca dan tabiat membaca itu perlu diterapkan sejak kecil lagi dan perlu diamalkan supaya menjadi kebiasaan dalam rutin sehari.

    Webinar itu dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Perpustakaan Tingkat 1, Dayang Fatin Nuramalina binti Haji Muhd Syafie.

    Dayang Emi Suryaney semasa menyampaikan pembentangan pada webinar yang dianjurkan DBP. – Gambar serahan DBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda