LAGOS – John Eromosele mencatat koordinat terusan yang sibuk di atas telefon bimbit pintarnya dari atas sebuah perahu dan menelusuri kawasan kediaman terapung di Makoko di Lagos, ibu kota terbesar Nigeria.
Laluan perairan tersebut seperti boulevard, sentiasa ada kesesakan di sini, kata pakar pengekod komputer sambil tertawa kerana bot-bot lain juga sedang berlumba-lumba untuk mencari ruang kosong untuk menelusuri kawasan tersebut. Namun secara rasmi kawasan Makoko tidak wujud dalam peta Nigeria.
Dianggarkan sekitar 300,000 penduduk – tidak ada sesiapa yang tahu beberapa banyak jumlah sebenar – rumah setinggan yang terapung di terusan ini tidak pernah muncul dalam mana-mana rancangan pembangunan bandar atau peta ibu kota. Justeru, dia mahu membantu membawa perkhidmatan yang sangat diperlukan ke Makoko secara literal untuk meletakkan kawasan setinggan ini di dalam peta Nigeria.
“Sebilangan besar jalan raya di sini tidak mempunyai nama malah kebanyakan kediaman tidak mempunyai nombor,” kata ketua Albert Jeje, salah seorang penguasa tradisional Makoko. “Siapa yang peduli terhadap penduduk miskin seperti kami? Pegawai kerajaan tidak akan pernah melawat kami,” tambah Albert.
Makoko digelar sebagai ‘Venice of Africa’ oleh sesetengah penduduk, akan tetapi kesamaannya dari Venice, Itali adalah sangat minimum. Sisa sampah terapung di permukaan air hitam di Makoko malah pengunjung terpaksa menghidu asap diesel dari perahu-perahu dan ikan salai yang dibakar di atas kayu.

Dengan tidak ada sistem pentadbiran, kebanyakan kawasan di terusan air itu tidak mempunyai bekalan elektrik malah saluran paip air, tidak ada sekolah awam, tidak ada hospital dan tidak ada balai polis.
Projek pemetaan dilancarkan pada bulan September lalu dengan pembiayaan dari Pusat Pulitzer yang berpusat di AS dan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang dikenali sebagai Humanitarian OpenStreetMap, dengan menggunakan perisian bebas sumber terbuka.
Skim tersebut akan menelusuri kawasan setinggan menggunakan dron dan menghantar maklumat yang telah mereka kumpulkan bagi memetakan kawasan tersebut yang terletak di tengah hab ekonomi Nigeria. “Ini adalah alat baharu yang membolehkan organisasi antarabangsa atau pihak berkuasa tempatan campur tangan bagi meningkatkan lagi akses kepada perkhidmatan asas – seperti kesihatan dan air – kata Jacopo Ottaviani, salah seorang pemimpin projek.
Seperti Lagos, 20 juta penduduk, kampung nelayan tersebut telah muncul di tapak berkenaan pada penghujung abad ke-19 dan telah berkembang pesat, merebak ke kawasan laut.
Tidak kesemua penduduk Makoko kelihatan selesa dengan projek tersebut. “Orang ramai menjadi lebih curiga. Mereka tertanya-tanya, jika apa yang mereka lakukan itu tidak akan menentang atau memberi kesan kepada mereka,” kata Abigail. “Jadi kami cuba untuk memberikan jaminan kepada mereka, kebimbangan mereka amat kami fahami,” jelasnya lagi. – AFP