Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memilih mendiamkan diri

    Pengacara dan pelakon, Nabil Mahir, menjelaskan pendekatan untuk tidak membalas dakwaan bekas kekasihnya, Sarah Hildebrand mengenai punca hubungan cintanya yang berakhir, bukan bermaksud dirinya salah.

    Nabil dalam satu muat naik menerusi Instagram berkata, biarpun namanya dikaitkan dalam luahan yang dibuat Sarah, baru-baru ini, dia memilih untuk berdiam kerana tidak mahu kenyataan yang diberikan ‘memakan diri’.

    “Banyak benda boleh kongsi, tetapi ada yang tidak perlu, takut makan diri. Diam tidak bermaksud saya salah atau kalah.

    Apapun, terima kasih atas semuanya. Segala keaiban, fitnah dan kutukan. Terima kasih atas teguran dan nasihat semua. Doakan yang baik-baik,” luah Nabil menerusi Instagramnya.

    Perkongsian yang dibuat Nabil itu mengundang pelbagai reaksi warganet, malah ada menyifatkan tindakannya itu seolah-olah meletakkan dirinya sebagai mangsa keadaan.

    Nabil Mahir mengatakan diam tidak bermakna beliau salah atau kalah. – Agensi

    Isu antara mereka semakin hangat diperdebatkan apabila caranya menyimbah air ketika bergurau dengan bekas kekasihnya, tidak lama dahulu turut diungkit warganet.

    Ditanya lanjut mengenai isu itu, Nabil yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp tetap dengan pendiriannya untuk mengunci mulut dan memberikan alasan sibuk.

    Nabil dan Sarah membawa haluan masing-masing pada Februari lalu selepas lima tahun menyulam cinta.

    Isu antara mereka kembali dibangkitkan apabila Sarah menerusi Instagram, baru-baru ini membuat pendedahan mengenai punca sebenar dia dan bekas kekasihnya berpisah.

    Sarah dalam luahan itu mendakwa, dia berdepan pelbagai episod hitam ketika menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya.

    Biarpun tidak menyebut nama individu dimaksudkan, ramai membuat andaian luahan itu ditujukan kepada Nabil. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda