Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memohon berkat sebelum jalani peperiksaan

    TUTONG, 28 Sept – Bagi memohon keberkatan sebelum menjalani peperiksaan SPE dan BC GCE ‘O’ Level tahun ini, Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (SM RIPAS) telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat dan Membaca Surah Yasin di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Kampung Kiudang, di sini, hari ini.

    Majlis tersebut melibatkan para pelajar Tahun 8, pelajar Tahun 11 berserta ibu bapa, penjaga dan guru-guru yang beragama Islam yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pengetahuan Ugama Islam, Jabatan Bahasa Arab dan Jabatan Kesusasteraan Melayu SM RIPAS.

    Majlis dimulakan dengan solat Sunat Hajat berjemaah diketuai oleh Imam Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Haji Mahari bin Haji Metassan dan diteruskan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai serta doa.

    Antara murid-murid yang hadir pada majlis tersebut.
    Guru-guru yang terlibat dalam majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda