Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Memorandum jemaah menteri dibentang bulan depan

    KOTA KINABALU, 12 DIS – Memorandum Jemaah Menteri mengenai tuntutan Sabah dan Sarawak terutamanya melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadual dibentangkan pada awal bulan depan (Januari), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.

    Katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Disember lalu memberikan tempoh sebulan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan beliau sendiri untuk mendapatkan ulasan serta maklum balas tentang perkara itu daripada semua pihak berkenaan.

    Beliau berkata pihaknya kini sedang mendapatkan maklum balas antaranya daripada kerajaan Sabah dan Sarawak, serta kementerian dan agensi kerajaan sebelum sebuah memorandum disediakan serta dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

    “Ini antara lain dapat memastikan tuntutan dan permohonan dikemukakan kedua-dua kerajaan dapat disusun Kerajaan Persekutuan…sudah ada perkara (tuntutan) yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan kita perlu laksanakan sepenuhnya.

    “Pada masa sama asas (tuntutan) kita juga berdasarkan MA63 sendiri dan IGC (Jawatankuasa Antara Kerajaan),” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

    Armizan berkata setakat ini antara ulasan dan maklum balas yang paling utama adalah berkaitan hal ehwal kewangan dan ekonomi, selain pengembalian 40 peratus hasil Sabah yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini. – Bernama

    Datuk Seri Hajiji Noor (tengah) ketika menerima kunjungan hormat daripada Datuk Ewan Benedick, (kanan) dan Datuk Armizan Mohd Ali di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...