Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Memperingati mangsa serangan 11/9

    WASHINGTON, 11 SEPT – Presiden Joe Biden menandakan ulang tahun ke-21 serangan pada 11 September (11/9), dengan meletakkan kalungan bunga di Pentagon dalam majlis peringatan yang diadakan dalam keadaan cuaca hujan.

    Upacara hari ini diadakan lebih setahun selepas Biden menamatkan perang di Afghanistan yang dilancarkan AS dan negara sekutu dalam respons terhadap serangan keganasan.

    Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, John Kirby berkata Biden dalam ucapannya hari ini akan mengiktiraf kesan serangan 2001 ke atas AS dan dunia di samping memperingati 3,000 orang yang terbunuh pada hari itu apabila anggota Al-Qaeda merampas kapal terbang komersial dan menghempasnya ke Pusat Dagangan Dunia New York, Pentagon dan sebuah ladang di Pennsylvania.

    “Saya rasa awda akan mendengarnya bercakap bagaimana Amerika akan kekal berjaga-jaga terhadap ancaman tetapi juga melihat kepada ancaman dan cabaran masa depan dan belajar untuk mengatasi cabaran dan ancaman tersebut,” kata Kirby.

    Manakala Wanita Pertama Jill Biden akan menyampaikan ucapan hari ini pada majlis Peringatan Flight 93 Nasional di Shanksville, Pennsylvania dan Naib Presiden Kamala Harris dan suami akan menghadiri upacara peringatan pada acara Memorial 11 September Nasional di New York. – AP

    Presiden Joe Biden memberikan tabik ketika beliau menaiki pesawat Air Force One di Pangkalan Tentera Udara Delaware di New Castle, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...